Monday, November 16, 2015

Ulasan: ULI JON ROTH Scorpions Revisited





Saya adalah pemuja Uli Jon Roth. Pemujaan ini telah berlaku sejak pertama kali saya mendengar petikan gitar dia bersama Scorpions ketika umur saya sekitar 8-9 tahun. Biasanya pada umur begini, apa yang kita puja ketika itu akan melekat sampai bila-bila.

Apabila mendengar berita bahawa beliau akan merakam kembali lagu-lagu Scorpions, itu sudah cukup mengujakan. Timbul juga kerisauan, kerana harapan menggunung tinggi, adakah rakaman semula ini cukup baik? Manakan tidak, kerana diketahui beliau tidak pernah lagi memainkan lagu Scorpions berpuluh tahun lamanya.

Nampaknya kerisauan ini juga dikongsi oleh beliau tetapi dari perspektif berbeza. Risau UJR ialah, bagaimana untuk merakamkan kembali lagu-lagu tersebut tanpa terasa membuat kerja yang sia-sia. Apa perlu dirakam semula benda yang sama? Untuk itu UJR mengambil keputusan untuk merakamkan semuanya secara live. Dewan besar disewa dan rakaman dibuat secara live tetapi tanpa penonton. UJR menggunakan 2 gitaris tambahan untuk menampung kekewaan Tokyo Tapes dulu, banyak lagu yang tidak dapat dimainkan secara live kerana lagu-lagu asalnya menggunakan layer gitar yang banyak.

Maka hasilnya ialah sebuah album kembar yang mantap; tanpa perlu kerja-kerja menggilap berlebihan di dalam studio rakaman (kerana ini adalah album "live"). Sudah tentu lagu-lagu tersebut tidaklah 100% sama dengan yang asal, bahkan UJR memasukkan komponen yang sepatutnya ada tetapi tidak ada masa itu. Dan mengenali beliau, segmen extended guitar juga merata di dalam album ini.

Saya fikir ini adalah terjemahan yang baik. Tatkala dahulu beliau bersama dengan lain-lainnya terpaksa berkompromi tetapi kali ini beliau memerintah keseluruhan produksi album. Ini selari dengan gaya Yngwie J Malmsteen dalam proses rakaman. Maka yang terbit dari album ini adalah kesemuanya yang dimahukan oleh UJR.

CD ini datang dengan liner notes panjang lebar yang ditulis oleh UJR tentang idea rakaman semula, metodologi rakaman dan kerja keras yang dikerahkan untuk menghasilkan album ini. Ini adalah album yang wajib ada pada semua peminat Scorpions dan UJR.

https://en.wikipedia.org/wiki/Scorpions_Revisited
http://www.blabbermouth.net/news/uli-jon-roth-to-release-scorpions-revisited-volume-1-double-album/#r2BAquBP2oQb5O50.99

2 comments:

  1. Mula2 jepun pressing keluar ada extra track tambah satu lagu, so aku tunggu korea pressing. Murah nye tapi sama content ngan jepun nye. Very good double album.

    ReplyDelete
  2. sempoi dia punya artwork..

    ReplyDelete