Monday, August 17, 2015

Ulasan: UNISONIC Unisonic (2012)



Bagi mereka yang berada di kem yang mengatakan Michael Weikath adalah punca "kejatuhan" Helloween, berita mengenai kerjasama Michael Kiske dan Kai Hansen ini adalah euphoric. Sebelum ini mereka berdua pernah berada di satu pentas untuk siri konsert sebagai artis undangan. Namun untuk bersama kembali dalam satu band, belum lagi. Sudah tentulah ini merupakan berita yang terbaik.

Album ini memang kedengaran seperti kesinambungan Helloween pada zaman Pink Bubbles Go Ape (1991) dan Chameleon (1993) iaitu zaman cubaan Helloween untuk melompat ke arena radio-friendly (juga zaman Kiske bosan dengan heavy metal). Jadi tiadalah album heavy metal keras jika ada sesiapa yang mengharapkan Keeper of the Seven Keys Part II (1988).

Lagu-lagu yang disajikan adalah gandingan heavy rock rancak dan semi-balada. Di mana lagu rancaknya boleh menggoyangkan kaki, lagu semi-baladanya pula mendayu. Tidaklah juga ia catchy sampai melekat ke minda namun album ini berjaya masuk ke dalam carta negara Finland, Jepun, Sweden dan German. Maknanya, memang berjayalah mereka kali ini untuk menjadi radio-friendly.

Sudah tentulah tarikan utama dalam album ini adalah vokal Kiske dan solo gitar Hansen. Tetapi tanpa sumbangan anggota lain terutamanya Dennis Ward (bass juga merangkap produser) sudah tentulah tak kemana band ini. Saya beranggapan bahawa menonton mereka secara live adalah lebih berbekam impaknya.

4 comments:

  1. 2nd album dorang bagus MM
    kau try carik Mexico punye berbaloi giler.
    double cd penuh macam2

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam singgah, layannns ;p

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:06 PM

    Singgah......
    ttp://belacanhangit.wordpress.com

    ReplyDelete