Thursday, August 13, 2015
Ulasan: AT THE GATES At War With Reality
AT THE GATES aktif pada tahun 1990-1996. Sebelas tahun hilang, ktiba-tiba muncul dalam sesi show reunion pada tahun 2007 yang seterusnya bermakna adanya kemungkinan rakaman album baru. Banyak aral melintang yang menyebabkan album ini hanya dapat dirilis pada tahun 2014. Ini adalah dijangka jika kita mengambil kira bahawa setiap anggota ATG masing-masing sibuk dengan band yang mereka anggotai selepas berpecahnya ATG pada tahun 2007.
Disebabkan itu, harapan besar telah diletakkan pada album ini ke tahap, melampau. Apatah lagi, di pelbagai peringkat peminat muzik metal, ATG adalah band pelopor kepada sub-genre melodic death metal. Saya sendiri pertama kali mendengar ATG di zaman tape trading di MRSM Muar tahun 1992 dahulu, mendengar Gardens of Grief EP. Bahkan ATG menjadi aspirasi kepada kelansungan rilisan LANGSUYR The Eastern Cruelty.
Disebalik harapan besar ini, kita harus faham bahawa tiada ruang besar untuk ATG bergerak di dalam album baru ini. Pertamanya, zaman innovasi itu sudah tamat. Keduanya, melodic death metal yang mereka pelopori dahulu sudah jauh ke depan dan untuk menjangkau ke tempat teratas sudah tiada maknanya lagi. Maka, ATG terpaksa melakukan apa yang patut dibuat, bergerak terus.
Itulah yang kita dapat dalam album ini. Harapan besar tidak dilunaskan. ATG bergerak secara selamat. Menyambung kembali apa yang ditinggalkan. Namun impakya sudah lemah. Album ini tidak dapat membawa melodic death metal kemana-mana lagi disebabkan eksploitasi subgenre ini yang sudah di tahap tepu. Album ini sekadar menguatkan keyakinan kita yang ATG masih setia dengan perjuangan asal saja.
Adakah ini album yang mengecewakan? Sudah tentu tidak namun ini bukanlah album yang menyebabkan kita melonjak kegembiraan terjun laut. Syaratnya dengan otai yang kembali ke arena ialah jangan letak harapan melampau. Mereka juga manusia biasa.
setuju ngan last paragraph mm
ReplyDeletetak perna dgr lagu band ni, dengar lagu langsyuir sedap...
ReplyDelete