Poster lukisan Man Assault |
Kepada yang tak tau, hari ni (Sabtu lepas 18 April 2015) adalah hari Record Store Day (RSD). Saya ingin mengucapkan selamat RSD kepada fellow enthusiasts dengan harapan duit gaji bajet la betul2. Beli rekod, cd, kaset dulu baru beli yang lain. Kelak ianya boleh dibuat makan kalau terdesak. BTW, gambar yang anda lihat adalah koleksi muzik, bukan simpanan mp3 dalam pc, mp3 player, henset anda. Merry RSD!!!
--------------
Saya tidak dapat menyambutnya. Bagaimana menyambut budaya hedonis ini (sarkastik). Caranya agak kapitalis.
1. Syarikat rakaman/muzik akan announce beberapa bulan sebelum tarikh ini bahawa mereka akan merilis piring hitam/cd/kaset khusus pada hari sambutan dalam kuantiti terhad. Untuk list penuh, anda boleh ke sini http://recordstoreday.com/SpecialReleases
2. Anda merangka apa yang mahu dibeli. Apa yang mahu dibeli belum tentu dapat dibeli kerana ia terhad dan ramai yang mahu memilikinya. Anda boleh order dari kedai rekod fizikal yang terdekat.
3. Kedai rekod fizikal akan mengiklan rilisan RSD yang ada di kedai. Samada mereka mahu menjual sebelum tarikh RSD atau sebelumnya, tidak diketahui. Mungkin boleh dibodek apatah lagi bila anda pelanggan tetap.
4. Hari RSD anda akan serbu kedai rekod fizikal kegemaran anda. Di Kuala Lumpur dan sekitarnya, kedai rekod fizikal ini turut menjemput peniaga rekod tidak fizikal untuk buka booth. Ini menambahkan kemeriahan.
Beberapa gambar event RSD dibawah.
---------------
Saya tidak menyambutnya secara zahir disebabkan di sini tiada kedai rekod yang buat event khusus RSD. Maka saya menyambutnya secara batin saja di rumah.
Semoga bertemu kembali di RSD 2016. Saya berharap dapat menyambutnya dengan zahir dan batin tahun hadapan!
meriah la mm.
ReplyDeleteYang Queen kat lantai tu, aku tak pernah tengok dalam dia untuk versi LP.
Aku rasa mesti lawa kalau ada gambar helicopter Queen terbang atas Knebworth nye fans...
maaf zahir batin takde? hahaha...
ReplyDeletesama dengan
ReplyDeletedah 2 tahun aku sambut.. hehe
ReplyDeleteSama jugak.layan rekod kat rumah je
ReplyDeleteDah agak dah sarkastik tahap kayu jati
ReplyDeleteperghhhhh... No Life Till Leather dah rilis !!!! Mustaine dapat komisyen lg nampok gayerr.
ReplyDeleteperghhh.. meriah!
ReplyDelete