Saya dijemput sebagai ahli panel untuk sesi ini.
Selain dari sesi ini, the whole event berlangsung selama seminggu. Ini adalah event subculture (sub-budaya) yang baik. Ia memberi peluang kepada penggiat dan peminat untuk berinteraksi. Juga peluang kepada mereka yang skeptikal tentang subculture ini untuk mendekati dan didekati. Kata orang Bota, you fear what you don't know. Balas kata orang Australia pula, tidak kenal maka tidak cinta.
Pada sesi ini saya telah memberi beberapa pendapat mengenai sejarah muzik (metal) underground Ipoh dengan menjawab soalan kenapa, mengapa, apa, bila dan pelbagai lagi. Diakhiri dengan pandangan tentang apakah survival untuk muzik ini di Ipoh secara khusus.
Terima kasih kepada penganjur yang telah sudi menjemput saya walaupun saya bukanlah layak nak memberi pendapat tentang ini. Saya menyokong penuh event sebegini untuk diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
Siapa kata scene underground telah mati, diharap buka mata dan telinga. Dan minda.
Ahli panel dari kiri ke kanan: Kujoy (MUCK), saya dan Bob Pyron. |
Batara Guru legend !
ReplyDeletelawa baju. scene metal sekarang berubah jadi scene LP. muekekeke
ReplyDeletepyron
ReplyDeletebagus aktiviti gini mm
ReplyDeleteada rakaman video tak?
ReplyDeleteini sempoi punya event..