Monday, November 24, 2014

Analog vs digital, lagi.



Saya pakai prinsip mudah. Kalau zaman rekoding tu memang analog, maka worthy la beli 1st press sebab zaman tu memang 100% analog dari rekoding sampai la transfer.

Kalau zaman rekoding dah start digital, maka saya tak le beria-ia nak mencari 1st press. Principally, it is wrong. Kuat atau sebu itu mainan telinga saja (dan of course, the system that you are playing).

Dengan lain perkataan, saya dengar vinyl untuk dengar bunyi analog. Kalau source asal pun dah digital, apa yang nak didengar analog-nya?


Saya sangat skeptik apabila album rilisan tahun 2010 yang sumber rakamannya fully Pro-Tools kemudian press pada vinyl sound jadi sedap. Apatah lagi nak kata inilah sound analog. Secara prinsipnya, ia salah.

Prinsip ini nak memudahkan pencarian/pembelian. Boleh digunakan dalam majoriti keadaan. Kalau tidak, maka pencarian/pembelian dibeli dengan meraba-raba i.e. eh pressing ni sound sedap ke?

Contohnya album AC/DC ni originally recorded 1977. Digital pekebende zaman tu? Maka layaklah dicari 1st pressing sebab principally everything is correct. Dirakam analog, dan dicetak pun analog. Telinga pun tak boleh tipu bahawa ini adalah 100% analog.

Melainkan kalau memang kolek sesuatu band haaa itu lain cerita. Sebu pun balown la beli. saya beli recent reissue IRON MAIDEN picture disc dan black vinyl. Ada orang tanya sedap tak sound, saya tak jawab sebab saya beli bukan pasal sound, sebab saya kononnya peminat setia, kena la beli sedap ke tak sedap sound. Picture disc memang cun. Presentation jacket, gatefold semua pun cun. Kadang2 kita beli bukan pasal sound tu, tapi sebab packaging. Dan of course, MINAT band tu. Sound, tolak tepi dulu.

Nak sedap dengar CD la. Woi, vinyl pun ada banyak buruknya la. Not everything vinyl is supreme.

8 comments:

  1. Sound ni kan masing2 telinga lain2.

    ReplyDelete
  2. still prefer audio CD :)

    ReplyDelete
  3. deaf, sebab semua ni teknologi, kena apply sains baru dapat capai objektif.

    Ijau, not all CDs are supreme hehehe kena dengar rekod juga bro baru boleh cakap.

    ReplyDelete
  4. terus tak jadi beli vinyl player. uuurmmmm.....

    ReplyDelete
  5. Aku pun sama mcm doc jugak.. Kalo vinyl aku tak cerewet sangat.tak kisah la 1st press ke apa ke..janji dpt buat koleksi.sound pada aku lagi ok black vinyl.kaler vinyl pun kalo muziknya zaman analog pun masih sedap apa bunyi nya walau pun reissue

    ReplyDelete
  6. it's ok to choose analog or digital, but loudness war is true destroyer.

    please modern world, please add some dynamic, some mercy. no bricked mastering.

    ReplyDelete
  7. saya layan records sebab seronok habiskan duit. tu je.

    ReplyDelete