Monday, June 23, 2014

Ulasan: SUCCUBUS Descend Unto Gehenna MCD

 
Dua tahun selepas saya mengulas demo Sadistic Rites Of Evil, SUCCUBUS sekali lagi menghantar material lagi untuk diulas tanpa serik. Kali ini dengan kemajuan; MCD dalam bentuk digipak dan dicetak oleh label USA bernama Slaughterhouse Records.

MCD ini menampilkan 5 buah lagu dengan ciri lebih kurang sama dengan demo sebelumnya. Dari segi produksi, seingat saya yang demo memang kualitinya demo dalam julat yang baik. MCD ini pula mempunyai tahap produksi yang selangkah dua lebih jauh. Tetapi kualiti amaturnya memang sukar untuk disorok. Ini adalah sindrom rekoding di Malaysia. Namun jangan ini dijadikan alasan kerana bisa saja ia disengajakan sesuai dengan matlamat SUCCUBUS.

Lagu-lagu yang ditawarkan lebih laju dan pantas. Laju pada julat Death dan Thrash Metal. Tiada drum blast beat atau grind. Cumanya, mungkin kerana terlampau laju drumming menyebabkan saya terdengar cungapan pemain gitar yang cuba mengejar. Vokalisnya kelas. Butir yang dilontar dari mulut vokalis boleh didengar. Ini nasihat saya kepada vokalis, amatlah penting untuk didengar dan difahami butiran yang dinyanyikan. Vokalis SUCCUBUS adalah contoh vokalis yang baik. Of course, saya tidak maksudkan vokalis band death metal deep growl.

Verdict? Walaupun beberapa kekurangan dapat dikesan tetapi ia bukan penghalang. Banyak baik dari buruknya. Dan melihat akan keaktifan SUCCUBUS bergerak dan dengan sokongan label luar, firasat saya ialah kita akan mendengar lebih banyak SUCCUBUS di masa akan datang. Dan jika SUCCUBUS bijak dengan strategi, mungkin tak lama lagi mereka akan menjejakkan kaki ke USA dalam siri mini tour. Ini bukan mustahil. Sudah banyak band tempatan yang melakukannya.

No comments:

Post a Comment