Nur Irisyafida Balkis dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya. |
BATU PAHAT - Seorang bayi berusia lapan bulan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.
Nur Irisyafida Balkis, dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu kerana mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera. LINK
Masa di Australia dulu, satu sifat orang Australia yang dah takde pada masyarakat kita ialah ambil peduli hal orang lain.
Contoh terbaik terjadi pada keluarga saya. Suatu hari Sumaiyyah (anak no 3) menangis atas suatu perkara (bukan sebab kena pukul). Oleh kerana saya dan isteri malas nak melayan, kami membiarkan saja Sumaiyyah menangis dengan harapan bila dah penat, dia akan diam sendiri.
Tak lama kemudian, pintu rumah kami diketuk. Rupa-rupanya jiran sebelah. Beliau bertanya kenapa anak saya menangis sebegitu rupa. Dia dengar dah lama menangis tak berhenti-henti. Saya katakan sekian sekian. Dia bertanya adakah dia diapa-apakan (kena pukul etc). Saya katakan tidak. Dia kata, anak tak sepatutnya menangis sebegitu rupa dan beberapa ayat yang mengancam (walaupun tidak secara direct). Pada ketika itu, Sumaiyyah sudah berhenti menangis dan berada di sisi saya.
Setelah pasti bahawa Sumaiyyah berada dalam keadaan baik, dia pun berlalu.
Saya dengan jiran itu kenal mengenal antara satu sama lain sebelum ini dan walaupun tak banyak masa bersembang tetapi bolehlah kata hubungan baik.
Tapi dalam hal ini, tiada kompromi. Jika ada syak bahawa anak diapa-apakan, tanpa banyak soal mereka akan siasat sendiri.
Moralnya... apabila kita dengar antara jiran2 kita, seperti anak kena dera dan sebagainya; janganlah buat tak tahu. Kalau tak berani nak tegur sendiri, telefon polis supaya mereka yang datang dan tanya. Jangan jaga tepi kain orang ni kena pakai dengan bijak bukan dalam semua hal.
JANGANLAH HEBAT MENGHUKUM SAJA BRADER/SISTA!!!
Take note, rumah sewa kami di Australia masa itu adalah banglo. Boleh faham tak? Rumah banglo, sudah tentu suara tangisan pun tak berapa nak dengar - sayup. Tapi macam tu pun mereka prihatin dan ambil kisah. Inikan lagi kita yang duduk dalam rumah bersambung struktur.
bila dah berstatus bapa, ada satu perasaan lain macam kalau baca/dengar berita sebegini...
ReplyDeleteManusia macam2 perangai..
ReplyDeleteNi yang nampak dera physical, belum dera mental.
Kes dera kanak2 skang Makin menjadi2..teringat masa era 90an dulu sampai govt.wujudkan talian teledera
ReplyDelete