Friday, May 23, 2014

Bebelan rekod/vinyl


Perihal vinyl: Setelah menganalisa saya dapati untuk kepuasan mendengar maksimum ialah dengan mendengar muzik yang gitar karennya kurang distortion. Ini adalah pendapat yang diakui oleh Al Sayf dan Elly Rocker.

Namun begitu akibat dari ketagihan muzik gitar berdistortion (metal), maka elemen distortion itu perlu diminimaliskan. Nasib baik saya juga meminati muzik prog rock dan rock 70an. Maka sepatutnya, vinyl pada zaman ini yang patut didengar melalui vinyl. Bahkan rakaman pada zaman tersebut adalah analogue sedangkan muzik Metal hampir kesemuannya digital. Sedangkan vinyl itu dikenali sebagai output analogue. Medium digital jika tidak diproses untuk output analogue TIDAK akan memberikan kepuasan maksimum.

Crap recording WILL NOT results in excellent output, even if your hifi system is RM40K and your vinyl is half a kilogram slab.

Untuk saya, muzik metal dan sebagainya (distortion berlebihan) didengar melalui CD. Selainnya, vinyl. Langkah bijak harus dibuat kerana ia berkait dengan $$.

3 comments:

  1. You should try one classic/orchestra/jazz on vinyl doc.

    Try je.

    ReplyDelete
  2. seperti aku pernah cakap dulu...bila dah jadi mat vinyl...takder dah metal-metalnya....Hail Amir Uji Rashid pun layan...hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..setuju dengan berteromber

      Delete