Monday, April 21, 2014

Ulasan: SICKNESS Necrosymphonies of Necropsy CD


Scene Brutal Death Metal dan Grindcore memang sudah lama bertapak di negara kita. Cumanya ia tidak ke hadapan, jika dibandingkan dengan negara jiran, Indonesia. Kita lebih kepada Black/Death dan nusantara. Namun kebelakangan ini ada sedikit revival di persada muzik ini. Banyak terima kasih diucapkan kepada pengerak-pengeraknya, yang paling menonjol, Grundar Production yang bertapak di Johor.

SICKNESS adalah antara rilisan 'utama' produksi ini. Walaupun radar saya tidak dapat mengesan awal akan kehadiran band ini tetapi aura yang terhasil dari band ini boleh dirasai. Ia berada di masa yang tepat tatkala gergasi grindcore, CARCASS bergabung semula untuk album baru. Ditambah pula saya mula menggilai GENERAL SURGERY. Maka harapan saya agak tinggi.

Album ini menawarkan 10 buah lagu dengan tajuk-tajuk yang menepati sub-genre gore/medical grindcore yang dipelopori oleh CARCASS dan ditajamkan lagi oleh GENERAL SURGERY. Bahkan kerja seni album ini pun potong/tampal seperti album Reek of Putrefaction dan Symphony of Sickness. Muziknya grindcore bersistem metal. Saya katakan metal kerana ada juga band grindcore yang lebih menyendeng kepada punk.

Lagu-lagunya tidak 100% blast. Banyak tempat ia dianyam dengan groove dan riff-break yang metal. Vokalnya juga tidak kedengaran akan pig-squel yang menyakitkan telinga. Tajuk dan lirik lagunya berkait dengan gore yang medical. Tidak syak lagi, SICKNESS mengambil pengaruh dari dua band yang disebutkan tadi. Untuk mengatakan mereka mencari kelainan, adalah satu kesilapan kerana matlamat utama mereka adalah sebagai homage (penghormatan) kepada band tersebut.

Dilihat dari potensi album ini, memang tidak dinafikan bahawa SICKNESS memang boleh bergrindcore. Malangnya, nasib band tempatan masih lagi diselubungi produksi yang jauh dari level antarabangsa, hatta jauh juga untuk dibandingkan dengan negara jiran kita. Saya kurang pasti adakah disebabkan kurang bajet ataupun studio/produser yang dibayar memang tidak mampu untuk membawa SICKNESS ke tahap yang lebih mulia? Persoalan itu saya biarkan kepada SICKNESS untuk mencari jawapannya dan diharap pada rilisan akan datang, produksi yang lebih berkualiti dapat dicapai.

http://www.myspace.com/gore2sickness
http://www.facebook.com/sicknessgoredeath
http://www.reverbnation.com/gore2sickness

1 comment:

  1. Kena cari cd ni...thanks for the link doc!

    ReplyDelete