Tuesday, April 22, 2014
Ulasan: BAHAJANG Extirpation Of Rapscallion CD
Sebagai sebuah band yang berasal dari Ipoh, ada reputasi yang perlu dijaga. Walaupun tidak perlu, tetapi nak tak nak, perlu dijaga juga. Ianya memang sudah terpalit sebaik sahaja lima orang muda ini mula mengatakan, "Ayuh, kita mulakan Bahajang!".
Dari sekali dengar, tahniah, Bahajang memang berjaya menjaga reputasi-yang-tak-perlu ini. Memang tidak perlu, tetapi adalah lebih baik menjaganya. Kenapa tidak, reputasi yang baik kalau dijaga akan memberi kepuasan. Kepuasan ini bukan sahaja kepada band yang menjaga reputasi tersebut bahkan juga memberi kepuasan kepada orang yang penat-penat menggunakan duit hasil titik peluh kerja untuk membeli rilisan ini. Walau RM5 atau RM10, di zaman harga naik semua, air kena catu dan ahli politik semua tak boleh pakai, ianya adalah pengorbanan besar. Kalau download mp3 je nanti marah pulak?
Soalan yang patut ditanya selepas kita ungkit mengenai reputasi ini adalah, apakah sebenarnya reputasi yang disebut-sebutkan ini? Dan kenapa ia penting? Tidakkah reputasi ini juga dimiliki oleh bandar-bandar lain di Malaysia? Adakah ia setaraf dengan reputasi Norway, Gothenborg ataupun Bay Area?
Ataupun mungkin ada yang akan jerit, PERGI MAMPUS (dengan reputasi) pada minit 1:29 dalam lagu Setan Angkat Dulang? Sebabnya reputasi ini pun banyak cengkadaknya. Pertama, nak kena bagi definasi. Definasi pun bukan boleh ambil sembarangan. Lain kamus, lain definasi. Eja definasi pun betul atau tidak, mungkin definisi lebih tepat. Akhir sekali, barulah ambil kata sepakat dari para ilmuan untuk definisi paling tepat bagi reputasi. Itu baru definisi, belum masuk untuk literature review, metodologi, result & discussion dan akhirnya conclusion. Untuk publish perbincangan ilmiah di dalam jurnal rata-rata mengambil masa 3 bulan (jurnal takde maruah) hingga setahun lebih (jurnal tahap Gaban).
Penyudahnya, siapa pun tak peduli dengan reputasi tersebut. Buang masa, buang karen, buang tenaga dan buang asap (?). Apa jenis definisi tentang reputasi, siapa yang berbincang tentangnya, berapa ratus makalah dan jurnal yang berbincang dengannya pun tak guna, semua dibakul sampahkan. Kerana YANG PALING PENTING ialah produksi sempoi dan lagu kemas. Inilah yang ditawarkan oleh BAHAJANG melalui EP ini. Itu sudah cukup. Noktah besar.
p/s: Lain kali rilis la dengan factory printed inlays dan CD bangangggg!!! <--- br="" gurau.="" tonasi="">--->
Reverbnation
Myspace
Grundar Production
bahajang aku dah tgk live depa depan mata aku sendiri.. showmanship memang bleh roboh stage..
ReplyDeleteAmboi ayat last tu marah ke apa? Hahaha
ReplyDelete