Monday, March 17, 2014

Ulasan: SLAYER Haunting The Chapel CD


Agak bertuah juga memiliki mini-album ini dalam bentuk bersendirian kerana biasanya, mini-album ini akan dimasukkan sekali dalam album Show No Mercy sebagai bonus tracks untuk pressing tahun 1987.

Asal mini-album ini adalah disebabkan lakunya album Show No Mercy yang menyebabkan Brian Slagel, tokey Metal Blade Records mahukan Slayer merilis sebuah mini-album. Lagipun, ketika itu semasa persembahan Slayer sudah pun memainkan dua lagu di dalam mini-album ini iaitu Chemical Warfare dan  Captor Of Sin.

Jika diteliti tracks dalam album live-(tipu), Live Undead, tiga buah lagu dari mini-album ini dimainkan. Maka bolehlah disimpulkan bahawa 4 lagu yang ditawarkan di dalam mini-album ini memang power!

Chemical Warfare dikagumi dengan teknik petik gitar tripletnya di samping lirik ganas mati-disebabkan-keracunan-gas dalam peperangan. Ia menjadi lagu kegemaran Slayer semasa persembahan live untuk beberapa lama.

Begitu juga dengan lagu Captor Of Sin, yang dijadikan lagu wajib dalam persembahan mereka untuk beberapa lama. Ia lebih pantas. Hatta, lagu terpantas Slayer pada ketika itu. Ditambah dengan kelajuan double-bass drum Dave Lombardo ketika itu.

Haunting the Chapel lebih bermelodi namun liriknya menggerunkan. Diceritakan produser Bill Metoyer berasa berdosa ketika merakamkan lagu tersebut. Tak kenal maka tak cinta, tak begitu Bill? Sekarang dah berapa ratus lagu-lagu begini yang anda telah rakam?

Dan akhirnya, Aggressive Perfector, adalah lagu yang diambil dari kompilasi Metal Massacre Vol. 3. Ia menjadi bonus track kepada mini-album ini tetapi hanya muncul dalam re-release Haunting The Chapel. Maknanya, jika anda mendapat mini-album dengan hanya 3 lagu, anda memiliki 1st pressing.


4 comments:

  1. Perghhh 1st pressing tu!

    ReplyDelete
  2. Beruntung la doc dapat 1st pressing

    ReplyDelete
  3. Adi, Rafi...ni bukannya 1st pressing...

    saya mempunyai versi yang sama...ada bonus track Aggressive Perfector...

    ReplyDelete