Monday, March 10, 2014

Ulasan: MERCYFUL FATE Don't Break The Oath

Ini album superb. Nak pulak kulit album yang menyeramkan ini. Zaman sekarang mana ada artwork album yang best semua main ala kadar je. Pertama kali dengor masa sekolah menengah dalam satu kompilasi pirate, lagu Nightmare. Terus meremang bulu roma dengar suara King Diamond. Dia ni memang la... uishhhh... *meremang*.



Tak sangka pula selepas album ini MERCYFUL FATE dibubarkan, kerana ini hanyalah album kedua selepas album pertamanya, Melissa. Ikut kata sejarah, King Diamond dan lain-lainnya menghadapi masalah dengan gitaris Hank Sherman yang semakin hilang karektor beliau di dalam
MERCYFUL FATE. Hank Sherman dikatakan mula memakai pakaian pelik-pelik antaranya sweatsuit berwarna merah jambu di atas stage, selain dari membikin lagu yang entah apa-apa. Hanya 9 tahun kemudian barulah mereka bergabung semula dengan album In The Shadows.

Kekuatan album ini selain dari vokal dan melodi King Diamond, juga berkisar kepada muzik heavy metal dengan suntikan progresif yang menjadikan part by part di dalam lagu tidak dapat dijangka. Ambil contoh lagu Nightmare yang dimulakan dengan bass gitar yang kemudian disambut oleh instrumen selainnya. Dalam melodi yang agak funky pada mula, ia membuat konar baring tatkala King Diamond memulakan vokalnya, menjadikan irama funky tadi kepada irama yang meremangkan bulu roma. Selepas solo gitar mengambil alih, keseluruhan lagu tersebut mengambil konar 180 darjah pula dengan elemen atmosferik.

Maksud saya, di zaman ini (1984), memang tiada band Heavy Metal yang memainkan muzik Heavy Metal seperti Mercyful Fate. Inilah yang menyebabkan sesiapa yang terperangkap dengan album ini ketika itu, kekal terperangkap hingga sekarang.

Apa halnya pula dengan lagu The Oath yang dimulakan dengan lafaz sumpah setia yang menggerunkan itu? Jika filem The Exorcist adalah visual hiburan yang memberi kesan sepanjang hayat, maka intro The Oath adalah audio hiburan yang menggerunkan juga. Apabila muzik penuh lagu tersebut bermula, kena pula dengan dengan gayanya.

Pakej album horror ini lengkap. Cover artwork yang melekat ke kepala dan juga lagu-lagu yang menyeramkan. Yang belum pernah dengar, jangan berani-berani sangat. Nanti dah melekat, susah nak ditanggalkan.



Night... after night... I have this dream - Nightmare.

6 comments:

  1. Saya baru tau pasal cd/album/band ni...sedih™

    ReplyDelete
  2. merciful fate one of a kind
    Dulu rasanya orang buat cover pakai 12 inch by 12 inch draw pakai tangan, warna water/poster colour kena tunggu kering. Setiap bucu benda2 kecik semua manual pelan2.
    Skarang orang pakai computer draw, kat size cover cd.

    ReplyDelete
  3. mercyful fate sedap. melodik riffing and solo. memang tangkap. \m/

    ReplyDelete
  4. attn berteromber, king diamond/mercyful fate VIRAL detected!

    ReplyDelete
  5. Hahah..dah berjangkit nampaknya ni

    ReplyDelete
  6. Ijau...hahaha...tungguuuuu....

    ReplyDelete