Tuesday, March 11, 2014
Ulasan: AMORPHIS The Karelian Isthmus
Album pertama AMORPHIS ini, saya kira adalah amat original. Harus disedari pada waktu ini (1993), gerakan muzik death metal melodi acuan Gothenborg sudah pun bermula. Amorphis juga membawa elemen death metal melodi yang agak sama tetapi dengan beberapa kelainan. Melodi melampau yang dicipta oleh AMORPHIS banyak dipengaruhi oleh melodi tradisi Finland. Dan latar belakang setiap liriknya juga berkisar dengan cerita-cerita tua dan dongeng tempatan.
Album ini menjadi asas kepada AMORPHIS yang ada sekarang, walaupun sudah tiada vokal growlnya (jika ada pun begitu minimal). Album ini menjadi acuan mula bagi AMORPHIS untuk menerokai lebih ke dalam alam cerita orang tua dan tradisi Finland. Siapa sangka dengan permulaan ini, album AMORPHIS sekarang sudah tiga kali berturut-turut menduduki tangga pertama carta Finland?
Berbanding dengan album terkini AMORPHIS, album ini lebih berat dan lebih metal. Gitarnya di-tune rendah dan soundnya diberatkan. Vokalnya juga growl. Hatta muziknya lebih death metal. Saya kira, jika AMORPHIS tidak menukar gaya kepada vokal clean pun, masih ada potensi untuk AMORPHIS maju ke hadapan tetapi sudah tentu tidaklah dapat mencapai nombor satu di carta muzik nasional. Jadi, langkah merombak susun atur, hala tuju dan matlamat muzik mereka adalah satu langkah bijak. Itu sebab perlunya kadang-kadang ikut kata hati dari mengambil kira kata kritik.
Ah, album ini sungguh mengembalikan memori lama. Exile of the Sons of Uislu tetapi menjadi lagu kegemaran. Saya ingat lagi band Ipoh, Universal Doctrine (yang dianggotai oleh Gea Dreamstone- Athotorgh dan Adjheez - Langsuyr) menjadikan lagu ini sebagai lagu utama dalam sesi rehearsal mereka.
OPETH juga mengambil jalan yang serupa.
ReplyDeletekamera apa ko snap ni? handphone ke hapa?
ReplyDelete