Monday, July 22, 2013

Ulasan: WOLFSBANE s/t (1994)


Kalau tak kerana Blaze Bayley pernah menjadi vokalis Iron Maiden (The X Factor dan Virtual XI), pasti ramai antara kita yang tidak kenal atau tidak ambil peduli tentang band ini, Wolfsbane. yang menjadi titik pertama Blaze ke arah kemahsyuran. Namun bukanlah Blaze dapat menggantikan vokalis hebat Bruce Dickinson, tetapi beliau telah melakukan yang terbaik, hatta, The X Factor itu sendiri dilihat sebagai satu album unik dalam katalog album Iron Maiden.

Ini adalah album terakhir Blaze bersama Wolfsbane sebelum beliau dipanggil untuk menjadi vokalis. Blaze, jika dilihat dari sudut tertentu, wajahya ada mirip dengan Bruce. Lain dari itu, Blaze langsung tidak mempunyai apa-apa persamaan lagi dengan Bruce. Mungkin itulah yang kelihatan pada pandangan Steve Harris ketika mengundang beliau masuk.

Tidak hairanlah, Wolfsbane sendiri jauh dari Iron Maiden dari segi muziknya. Wolfsbane adalah band hard rock n roll tanpa sebarang tambahan atau kekurangan. Straight-to-the-point. Bahkan album ini menampilkan 10 lagu yang pukul rata berada dalam kelajuan lebuhraya maksimum 110km/j. Tiada lagu balada. Jika ada pun, dengan kelajuan 60km/j dengan lagu yang bertajuk Die Again. Itupun diletak pada track terakhir.

Album ini raw dan keras. Produksinya tidak mengutamakan produksi yang bersinar. Bunyi gitarnya kasar dan apabila Jase Edwards menyolo gitar, ia juga kedengaran spontan. Tinggal lagi Jase adalah gitaris yang berkaliber, jadi jika adapun kesilapan yang tak disengajakan, hanya gitaris sama taraf dengan beliau saja yang dapat mengesannya.

Produser Simon Efemey juga seolah-olah membiarkan vokal Blaze lari tonasi pada beberapa tempat. Ini menambahkan lagi keyakinan bahawa memang produksi mentah begini disengajakan. Ia tidaklah mencacatkan album tetapi ia memberikan tenaga pantas dan panas sesuai dengan konsep hard rock n roll yang dipaparkan oleh Wolfsbane.

2 comments:

  1. Masa 1st album Live Fast, Die Fast, mereka pernah dilabelkan sebagai the next big thing...maklum la Rick Rubin produce...sayangnya bila Blaze masuk Maiden...Wolfsbane pun terkubur...

    tak sempat lagi nak dengar album comeback mereka tahun lepas...Wolfsbane Save the World

    ReplyDelete