Tuesday, July 23, 2013

Ulasan: BADLANDS Voodoo Highway (1991)


Mungkin ada keganjilan kepada minat saya iaitu saya dapati Jake E Lee adalah gitaris terbaik untuk Ozzy Osbourne, bukan Randy Rhoads. Mungkin juga pilihan saya agak shallow, iaitu melebihkan gaya persembahan beliau dibandingkan dengan teknikaliti Randy Rhoads. Mungkin juga, saya diperkenalkan dengan menonton video konsert Ozzy semasa zaman Bark At The Moon dan bukan konsert sebelumnya (zaman Randy). Apapun, keputusan telah dibuat, surat menyurat tidak akan dilayan.

Hanya dengan dua album Jake ditendang keluar. Saya terkejut. Tetapi dengar cerita perangai Jake pun satu hal. Maka ianya adalah keputusan yang adil yang dibuat oleh Ozzy, ooppss, Sharon, pengurus merangkap isteri Ozzy.

Setelah keluar, Jake bergabung dengan bekas penyanyi Black Sabbath, Ray Gillen untuk menubuhkan Badlands. Saya mengambil album ini untuk diulas dulu kerana pada saya ia album paling sedap walaupun album pertamanya pun sedap juga. Bahkan ada kontroversi disebalik rilisnya album ini.

Badlands adalah sesuatu yang jauh dari Ozzy. Ia mengelak sindrom Zakk Wylde yang mana Ozzy sendiri komplen lagu-lagu Ozzy bunyinya nak sama dengan album Black Label Society - yang melihat akhirnya Zakk menarik diri (atau ditendang keluar?). Badlands lebih kepada soul dan blues dengan balutan hard rock. Juga ada elemen country. Maka, Badlands lebih dikenali sebagai American rock band dari hard rock.

Tarikan utama album ini sudah tentulah Jake E Lee dan Ray Gillen. Jake menggunakan riffs dan bend yang keras berkey minor dengan larian-larian chords yang memenuhi setiap ruang. Itu semua juga disalut dengan feel soul, blues dan country rock yang banyak mengambil pengaruh dari album American rock terdahulu seperti Lynyrd Skynyrd walaupun menggunakan sekadar kepakaran seorang gitaris saja (Lynyrd Skynyrd ada tiga!). Riffs rock Jake adalah lemak berkrim dengan sound raw minimal efek seolah-olah cucuk terus ke amp Marshall stack tanpa apa-apa modifikasi melampau.

Ray Gillen pula menggunakan kekuatan vokal dengan tarikan note yang tinggi tetapi pada masa yang sama berjaya menjaga pitch untuk tidak menjadi vokal cucuk-bontot. Diadun dengan riffs Jake, kedengaran begitu sesuai dan cocok sekali.

Tetapi rakaman album ini sendiri dipenuhi dengan perbalahan antara Jake dan Ray. Ray mahukan beberapa lagu yang telah dicipta oleh beliau yang dianggap dapat membawa Badlands ke tahap yang lebih tinggi sedangkan Ray dan yang lainnya mengatakan ianya adalah lagu tiada kualiti. Syarikat rakaman sendiri mahu membawa produser komersil terkenal Desmond Child untuk menggilapkan lagi lagu-lagu yang dicipta tetapi ditolak atas alasan - Badlands bukan band untuk komersil.

Perbalahan antara Jake dan Ray pada ketika itu bukan rahsia lagi. Dalam satu temuramah Kerrang, Jake kondem Ray. Beberapa isu Kerrang kemudian, Ray menjawab dan membalas kritikan Jake. Hatta, semasa atas stage pun, perbalahan itu tampak jelas. Namun, pengkritik yang mengikuti tour tersebut merasa hairan kerana disebalik konflik yang parah, tour untuk album ini begitu berjaya dan showmanship Badlands adalah sangat bertenaga!

Ini adalah album terakhir secara rasmi. Selepas meninggalkan Badlands, Ray Gillen meninggal dunia tak lama kemudian atas jangkitan AIDS. Apa-apa hajat untuk terus menggerakkan Badlands juga tiada daya. Jake E Lee sendiri juga menghilangkan diri dari lampu glamour dan hanya merilis beberapa album solo secara low-profile. Album ketiga, Dusk, hanya sekadar merilis lagu-lagu demo saja.


2 comments:

  1. Best. Ada influence 70's hard rock...Led Zep, early Whitesnake, Bad Company dan mungkin jugak southern rock macam Skynyrd dan ZZ Top. Aku prefer 1st album....

    Sayang bila grunge naik...semua band bagus macam ni mati...

    ReplyDelete
  2. Setuju..aku jugak lebih suka Jake E Lee berbanding Rhandy Rhoads & Zakk Wylde...Album Killer Of The Giant dengan lagu Shot In The Dark memang best walau Ozzy sendiri pun tak suka...

    ReplyDelete