Wednesday, April 24, 2013
Ulasan: STEPPENWOLF s/t
Siapa yang tidak pernah mendengar lagu Born To Be Wild? Ianya adalah antara lagu rock paling dikenali dan mudah cerna. Walaupun ianya bukan lagu metal, sekadar rock n roll tetapi ia selalu mahu diangkat sebagai pencetus muzik heavy metal disebabkan bait lirik heavy metal thunder pada rangkap kedua (yang sebenarnya ia adalah deskripsi bunyi motorsikal). Lagu tersebut muncul dalam album ini pada tahun 1968.Album ini pada asasnya (jika merujuk kepada tahun ia dilahirkan), agak heavy dengan strum gitar berdistortion (atau mungkin dengan level overdrive yang tinggi). Walaupun begitu ia tidak dapat lari dari suntikan blues melalui lagu-lagu seperti Berry Rides Again, Your Walls Too High dan Hoochie Koochie Man (rakaman asal Muddy Waters). Dalam beberapa lagu seperti Sookie Sookie dan A Girl I Knew, kedengaran seperti ianya komposisi John Lennon yang ditambah level overdrive. Tolak semua ini, akhirnya kita rumuskan bahawa jika tiadanya lagu Born To Be Wild, kemungkinan besar album ini (dan band), sekadar merakam 1-2 album saja.
nak best dengar lagu ni,kena layan filem EASY RIDER...
ReplyDeleteSampaikan Slayer pun cover lagu Born To Be Wild tu
ReplyDeleteooo ni band asal yg bawak lagu tu rupanya....the best!
ReplyDelete