Monday, April 29, 2013

Lain kalilah...!


Status facebook saya semalam ;)

---------------

Kepada sahabat-sahabat bergenre Metal dalam facebook. These few days korang nampak saya openly defending BN. Minta bersabar. InsyaAllah status macam ni sampai 5/5/2013 je. Lepas tu, takde dah. Sebab lepas itu it's time to work with whatever government that won.

Kenapa metalheads je? Sebab boleh kata 80-90% friendlist saya adalah metalheads yang pernah dikata oleh seseorang, "anak anak muda mabuk hangguk hanggul kepala". Takpe, no problem... since the beginning pun kita dok kena kutuk macam ni kan hahaha...

Ikut survey wall sahabat-sahabat bergenre Metal, ramai juga yang openly defending PR antaranya Wan Matt Nahax Ov Farasu Fidaiyyin Al Farasu Parkh Chad dan ramai lagi. MasyaAllah, kadang-kadang posting mereka membuka mata dan minda tentang what are happening. Samada nak terima atau tidak, itu lain cerita.

Tapi paling ramai, saya rasa, yang atas pagar. Atau yang asal boleh. Atau yang segan-segan nak declare. Bahkan ada yang benci terus. I respected that.

You metal brothers, ada sesetengah kita dah kenal lama. So jangan le tak bertegur sapa lepas ni. L

Kepada yang nak block saya no problem, lepas 5/5 boleh unblock balik. Nak unfriend pun boleh, tak mengapa sebab FB ni bukan tanda kawan betul pun.

What I am going to do between today till 5/5 is to openly campaign for BN. You are all free to give feedbacks, critics and so on dalam threads yang akan dibuka nanti. Matlamat saya ialah agar metalheads yang atas pagar untuk vote for BN.

Oh ya, saya tidak dibayar apa-apa upah. Ni kerja sukarela ;)


Sejarah sokongan politik saya?

1999: REFORMASI! Bawa isteri dari JB ke KT dengan bendera PAS di depan bonet kereta. Jadi sukarelawan PAS kat KT dapat jaket PAS. Sukarelawan parking kereta hehehe...

2004: Atas pagar. Malas.

2008: Kat Australia. Juga malas tapi menyampah tengok Pak Lah. Pebende tah dia buat tak tau. Walaupun dah tak berapa reformasi tapi harap-harap tu memang ada supaya PR menang.

2013: BN for all! But why...? *intonasi lagu Napalm Death - You Suffer*


p/s: InsyaAllah saya tidak akan join mana-mana parti politik secara rasmi. Ini memberikan saya kebebasan untuk memilih. 

Sunday, April 28, 2013

South Korea trip 9: Seoul lagi

Pagi esoknya kami bergegas sarapan dan keluar hotel untuk jalan-jalan sekitar hotel sebab flight balik 430pm.

Bangunan paling cantik setakat perjalanan terhad kami.

Pagi yang sejuk brrrr...

Awal sangat keluar. Orang pun takde lagi.

Ini adalah matlamat kami, pasar Namdaemun. Pun takde le menarik sangat. Matlamat saya mencari baju I LOVE KOREA. Itu aje.

Awal sangat yop. Kedai pun tak buka lagi.

Slowly, kedai mula buka. Jalan jadi kecil.

Petaling Street in Seoul?







Pasar "brooch" ini dikatakan tersangat popular dengan pelancong Malaysia terutamanya dari kalangan wanita.

Silau!

Orang lelaki pun boleh silau mata sekali.

Kembali ke hotel dan pemandangan terakhir sebelum kembali ke tanahair.


Makan tengahari terakhir di Korea Selatan.

Incheon Airport. Moga dapat kembali lagi.

Saturday, April 27, 2013

South Korea trip 8: Seoul

Ini di stesen nama apa ye? Saya tidak ingat. Tetapi kami menunggu train untuk ke Seoul. Fast-train.

Ada stewardess. Ini menyebabkan kami semua kontrol hensem masing-masing.

Pemandangan sepanjang perjalanan bolehlah dikatakan exciting pada 10 minit pertama tetapi selepas itu menjadi agak boring disebabkan pemandangan yang monotonous.

Korea dipenuhi jambatan-jambatan dan terowong-terowong. Banyak duit depa ni. Cuba kalau Malaysia buat - sah dicop sebagai kerja mengkayakan kroni.

Kat tengah kampung pun ada jambatan yang cantik? Mengkayakan kroni le tewwww...

Kelajuan? Antara 250-300 km sejam. Lebih laju dari KTM-ETS kita. Take note: Train ini adalah dari company yang sama dengan ETS.

Sampai dah Seoul. Juga tak tau apa namanya, lupa.

Rupa macam KL Sentral. Tapi kurang sibuk.

Kami dijemput oleh sebuah syarikat service O&G dan kami terus dibawa makan di sebuah restoran Arab.
Hotel kami Seoul Royal Hotel walaupun Korea Selatan bukan pengamal monarki. Ini bukan hotel mewah ye.

Selepas letak beg, kami terus turun ke bawah untuk jamu mata. Keadaan sekeliling seperti berada di Petaling Street tapi kebanyakan peniaga sudah mula tutup stalls.

Brrr... sejuk.

Tiada apa yang menarik untuk dibeli.

Hujung sana dan hujung sini. Sebenarnya kami enjoying ourselves with the cold and cuci mata saja.

Bila sejuk apakah yang lebih baik dari menghirup kopi Coffee Bean?

Awas. Pastikan anda tahu apa yang anda tekan. Semua tulisan Korea!

Ini bukan flyer untuk konsert Black Metal!

Friday, April 26, 2013

South Korea trip 7: Geoje

Geoje is a city located in South Gyeongsang province, just off the coast of the port city of Busan, South Korea. Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering (former Daewoo Shipyard) in Okpo and Samsung Heavy Industries (SHI) in Gohyeon are both located on Geoje Island. The city also offers a wide range of tourist sights. The city is made up of a number of islands, of which by far the largest is Geoje Island. There are two dong in the city: Okpo-dong and Gohyeon.


Destinasi pertama: Sila baca papantanda. Samsung Heavy Industries (SHI)

Malangnya kami tidak dibenarkan ambil gambar. Tapi melihat shipyard mereka membuka minda tentang betapa ketinggalannya Malaysia dalam industri perkapalan ini.

Destinasi kedua: Mahligai Prof Kim di atas bukit yang merupakan tempat besar beliau. Harga? US$2 juta.

Rupa-rupanya sebelum menjadi ahli akademik, beliau adalah pemilik feri di kawasan ini yang menghubungkan sebuah pulau. Sekarang diambil alih oleh adiknya.

Kembali ke hotel di Gwangyang City (lebih kuranf 2 jam dari Geoje) dan makanan malam sudah menunggu.

Apsal di Korea asyik posing fail je ni???

Hotel kami yang humble. Siksa sebab kat keliling takde apa. Ingat nak jalan-jalan sikit ke.

Cafe hotel.

Sebelum bertolak ke Seoul keesokan harinya, kami mengadakan mseyuarat dengan Director of Gwangyang Port of Authority.
Selepas itu kami dibawa ke shopping complex ala-ala Tesco. Sila lihat front loader ni, 13kg capacity dengan harga RM2.2K saje!!! Arrgghhh...

Buah tangan untuk isteri.

Makan tengahari di American diner. Buah rambutan pun ada.

Menunggu speed train ke Seoul.