Ini di stesen nama apa ye? Saya tidak ingat. Tetapi kami menunggu train untuk ke Seoul. Fast-train. |
Ada stewardess. Ini menyebabkan kami semua kontrol hensem masing-masing. |
Pemandangan sepanjang perjalanan bolehlah dikatakan exciting pada 10 minit pertama tetapi selepas itu menjadi agak boring disebabkan pemandangan yang monotonous. |
Korea dipenuhi jambatan-jambatan dan terowong-terowong. Banyak duit depa ni. Cuba kalau Malaysia buat - sah dicop sebagai kerja mengkayakan kroni. |
Kat tengah kampung pun ada jambatan yang cantik? Mengkayakan kroni le tewwww... |
Kelajuan? Antara 250-300 km sejam. Lebih laju dari KTM-ETS kita. Take note: Train ini adalah dari company yang sama dengan ETS. |
Sampai dah Seoul. Juga tak tau apa namanya, lupa. |
Rupa macam KL Sentral. Tapi kurang sibuk. |
Kami dijemput oleh sebuah syarikat service O&G dan kami terus dibawa makan di sebuah restoran Arab. |
Hotel kami Seoul Royal Hotel walaupun Korea Selatan bukan pengamal monarki. Ini bukan hotel mewah ye. |
Selepas letak beg, kami terus turun ke bawah untuk jamu mata. Keadaan sekeliling seperti berada di Petaling Street tapi kebanyakan peniaga sudah mula tutup stalls. |
Brrr... sejuk. |
Tiada apa yang menarik untuk dibeli. |
Hujung sana dan hujung sini. Sebenarnya kami enjoying ourselves with the cold and cuci mata saja. |
Bila sejuk apakah yang lebih baik dari menghirup kopi Coffee Bean? |
Awas. Pastikan anda tahu apa yang anda tekan. Semua tulisan Korea! |
Ini bukan flyer untuk konsert Black Metal! |
gambar last kalau tak baca caption tu...ingat gig black metal jugak...
ReplyDeleteverichip 666 hell....wahhh
ReplyDeleteapa maksud dia tu? Verichip 666 hell? Kalo jadi tajuk lagu black metak pun best gak ni hahaha
ReplyDelete