Monday, February 06, 2012

Ulasan: D.R.I. Crossover (1987)


Istimewanya album ini ialah untuk pertama kalinya terma crossover digunakan untuk mendefinisikan campuran muzik hardcore dan thrash metal. Mungkin ada segelintir yang mahu berdebat siapa yang lebih dahulu menggaulkan dua muzik tersebut tetapi kita boleh bersetuju dengan kewujudan terma ini memang dari D.R.I. Tajuk album ini juga sangat berkait dengan logo orang berlari yang pertama kali digunakan untuk kulit album D.R.I. Logo ini menjadi sinonim dengan D.R.I. hingga ke hari ini. Produksi album ini lebih baik dari album sebelumnya beberapa tingkat terima kasih atas bajet yang lebih dari Metal Blade. Sesuai dengan jenis muzik D.R.I.yang nak dikata thrash tak thrash, hardcore tak hardcore maka bunyi gitarnya tidaklah seberat thrash metal dan lenggok vokalnya ada macam hardcore tetapi tidak terlampau menjerit. Ia agak memeningkan kepala kepada mereka yang mahu memikirkannya tetapi pada masa yang sama ini adalah hybrid muzik metal yang menarik perhatian pengikutnya. Siapa boleh menafikan tarikan lagu Tear It Down, Go Die, Oblivion dan Redline. Sekali dengar herdikan, "I lost you win" dan berakhir dengan "I lose again" dalam lagu The Five Years Plan, selamanya ia akan sangkut di belakang kepala.

No comments:

Post a Comment