Tuesday, February 07, 2012

Ulasan: D.R.I. 4 of a Kind (1988)


Mungkin D.R.I. merasa nikmat lebih dalam muzik metal, menyebabkan album ini membuang hampir kesemua pengaruh hardcore di dalam lagu-lagunya. Penyelamat cuma vokalis. Jika bermelodi, maka ini adalah album metal tanpa syak lagi. Gitar dibunyikan menyamai gitar dari album metal tetapi dengan kekeringan yang lebih dari biasa - jika terlampau kuat dipasang boleh menyakitkan telinga. Variasi note gitar yang digunakan oleh Spike Cassidy lebih banyak dan tidak terlalu mudah seperti dua album sebelumnya. Produksi berkualiti tinggi pada zamannya - note gitar dapat didengar seketul-seketul dan pengasingan antara semua instrumen pun cantik yang seterusnya dikejar lagi untuk album selepasnya. Sejajar dengan album Crossover, album ini juga menampilkan lagu-lagu yang menggamit kepala otak - sekali dengar pasti melekat seperti Manifest Destiny, All For Nothing dan Gone Too Long. Jika mahu cerewet untuk komplen, mungkin lagu Man Unkind yang panjangnya lebih dari 5 minit tidak begitu sesuai untuk D.R.I. Mereka lebih sesuai dengan tarikan lagu-lagu pendek yang menumbuk muka.

No comments:

Post a Comment