Monday, September 12, 2011

Ulasan: CARCASS Heartwork

Benda pertama yang akan kita hadapi dengan album ini ialah, dimanakah elemen goregrind Carcass? Ia telah dibakul sampahkan. Tiada lagi potong-memotong anggota badan, tiada lagi nanah dan darah, tiada juga perkara yang menjijikkan berkenaan dengan autopsi dan patologi. Seterusnya, anda akan menghadapi masalah jika mencari blast beat yang menjadi darah daging band grindcore/goregrind. Barulah anda tersedar - Carcass sudah berubah. Patutnya anda perasan dari awal lagi ketika melihat kulit album ini (antara band bertuah mendapat kebenaran menggunakan hasil kerja H. R. Giger selepas Celtic Frost). Anda mungkin berasa anda ditipu dan teraniaya tetapi hanya jika anda taksub. Jika tidak taksub, anda akan jumpa beberapa perkara yang baru. Antaranya; tiada band lain yang bermain seperti ini pada masa itu. Carcass membuka skop baru dalam perbendaharaan muzik Metal - iaitu melodic Metal - mungkin sebab ini juga Michael Amott keluar dan menubuhkan Arch Enemy. Seterusnya, produksi album ini membuatkan anda ternganga. Bunyi gitarnya - sungguh tebal seolah-olah menyerupai tembok bunyi yang tersangat besar. Untuk ini, terima kasih anda patut pergi kepada penat lelah Bill Steer yang merakamkan track gitar beliau secara berulang-ulang; banyak layer. Kesimpulannya ialah Carcass adalah band yang tidak mahu duduk pada satu tempat. Logiknya, mengapa perlu ketika genre yang pernah mereka pelopori telah menjadi tepu. Langkah yang bijak.

4 comments:

  1. favourite album aku ni..buka track 1 dah mengaum..all time dalam list aku!

    ReplyDelete
  2. the best melodic metal album ever!!!

    ReplyDelete
  3. blom penah dgr tp nk cuba dgr jg

    ReplyDelete
  4. sound gitar yg legendary . so much distortion but yet maintain all the notes definition. sy pernah jumpa dlm internet (interview) nota yg bill steer buat utk every guitar track yg dia buat, jenis cabinets, speakers, amps, brape layer track utk sebelah kiri , tengah dan kanan. tapi tak tau kat mana nak carik,url pon dah lupa.haha

    ReplyDelete