Bidang akademik memang tidak boleh lari dari presentation. Terutamanya apabila anda mahu mendapatkan ijazah anda. Baik semasa ijazah sarjana muda hinggalah yang tertinggi, Ph.D. Kebiasaannya, ia dinamakan viva (sebut vaiva) dan pada sesetengah tempat yang lain, defense.
Jika anda ada darah gemuruh yang serius dan tidak mahu buat presentation semasa Ph.D anda, boleh saja melakukannya di Australia. Di sana memang tiada. Cuma anda masih perlu melakukan annual presentation di dalam fakulti. Sekurang-kurangnya, semasa viva, mereka yang hadir dan membuat keputusan tiada. Annual presentation sekadar melaporkan progress dan juga mengambil feedback dari audience anda.
Di Lehigh University, saya berpeluang untuk menghadiri sesi final defense oleh calon Ph.D di fakulti Civil Engineering. Calon tersebut telah menghabiskan masa 5 tahun untuk menyiapkan kajian beliau (tajuk boleh lihat di gambar). Yang menarik ialah beliau membuat kajian eksperimental terhadap lebih 200 sampel sebelum sampai kepada konklusi yang hendak dibuat.
External examiner beliau tidak dapat hadir tetapi masih boleh mengikuti presentation beliau secara jarak jauh menggunakan komputer dan telefon. Selain dari ahli fakulti yang duduk sekali dalam komiti perkembangan Ph.D beliau, rakan-rakan seperjuangan beliau juga hadir. Ada yang memberi semangat dan ada pula yang mahu mengikut perkembangan selain menimba ilmu, cara presentation yang betul.
Pelbagai soalan telah dilontar kepada calon ini, baik dari ahli fakulti juga dari rakan-rakan beliau. Ada yang boleh dijawab, dan ada yang tidak dapat dijawab. Calon sesekali nampak gemuruh mencari jawapan dari slide dan juga di belakang kepala beliau tetapi semuanya dapat disempurnakan. Sempurna bermaksud samada dapat dijawab atau tidak, ia dilakukan secara yang tertib.
Atas nilaian saya berdasarkan apa yang telah dipersembahkan, beliau patut diluluskan.
Oleh kerana Ph.D saya dari Australia, maka tiada viva bagi saya. Kali terakhir thesis presentation saya ialah pada tahun 2002 di UTM, Skudai. Memang pengalaman yang menggemuruhkan. Selepas membuat presentation selama lebih kurang sejam (termasuk sesi soal jawab), saya diarahkan keluar dari bilik untuk memberi ruang komiti membuat keputusan.
Selepas itu saya dipanggil balik dan keputusan diberikan kepada saya. Alhamdulillah, diterima dengan pembetulan. Maksudnya, tesis saya diterima tetapi dengan syarat dibuat dahulu beberapa pembetulan oleh komiti yang telah bersidang.
kamu hebat!
ReplyDelete2002? maksudnya masa tu sy sedang jd tutor di UTM..
ReplyDeleteDr tahu x sy ada darah gemuruh..sbb tu sy x teruskan pengajian master dan phd sy sbb x tahan asyik nk buat presentation..cukuplah ms degree..hehe
br sy tahu kat australia xda viva..best nih!
hebat lah bro..skrg kerja mana ?
ReplyDeletekhairul,
ReplyDeletedi UTP http://www.utp.edu.my/staff/ex.php?mod=ex&sn=117023
oh, macam tu ke sebut viva, ingatkan veeva..
ReplyDeletesaya tak sesuai buat presntation sebab ada ketika lidah cakap tak selari ngan otak, bercelaru..hihi..
aku sedang dlm persediaan buat viva MA in november. smlm present utk persediaan viva. supervisor aku komen "it's an interesting research. but the presentation is boring. it killed the research".
ReplyDeleteok lagi. Alhamdulillah.
kawan aku present, komennya. "the presentation is boring, it killed the research and the audience too".
nak present kene ade gaya jugak. sblm ni aku present terlampau laju. kali ni ingat nak relax sikit. tapi jadi boring pulak...haha.
Ahmad Nizamuddin Abdullah,
ReplyDeleteNak buat lawak masa viva memang tak sesuai. Yang boleh ialah guna intonasi suara dan stress pada point yang kau mahu orang beri perhatian.
Good luck with your viva!
assalamualaikum Dr...
ReplyDeletesy cuma tahu viva itu adalah perodua viva...
kolotnya saya tetapi Dr telah beri ilmu kpd saya pd hari ini..terima kasih ya :-)
darah gemuruh aku dtg bila time interview...huhu...
ReplyDeleteSetuju dengan you Dr. Ben. Org darah gemuruh tak sesuai dlm dunia akademik sbb byk-byk-byk-byk sgt nak kena buat presentation...
ReplyDeleteI pilih Australia bukan sbb gemuruh, tapi sbb dekat dengan Msia..ha..ha..ha..
patutla ramai senior sya kenal nak sambung kat AUS tu sbb takde viva???
ReplyDeleteoh, sna panggil defense ek...
famous lehigh ni. Tempat newmark tulis his famous differential equation of composite beam. Untung dr ben, ko dapat pegi sana.
ReplyDelete