Wednesday, September 28, 2011

Kisah Penjara AL CAPONE Part 1

Al Capone adalah penjahat yang hebat. Saya maksudkan hebat bukan kagum dengan kejahatan beliau tetapi hebat kerana jahat-jahat dia pun, dipuja orang ramai. Salah satu cara memujanya ialah banyaknya filem-filem yang berkisar tentang kehidupan beliau ataupun beliau menjadi inspirasi kepada penerbitan sesebuah filem.


Capone has been portrayed on screen by:
Banyak kan?

Selain dari itu, tempat beliau dipenjarakan pun mengambil serpihan dari populariti beliau. Saya telah berkesempatan untuk melawat penjara tersebut yang bernama Eastern State Penitentiary yang terletak di pinggir bandaraya Philadelphia.

Binaan bata yang kukuh seperti sebuah kubu di zaman silam.

Lorong masuk ke dalam penjara.

Dibuka pada tahun 1829. Memang patut keadaannya memang antik.

Dari lorong masuk terus ke ruang giftshop. Saya diberi sebuah pemain mp3 yang akan menjadi tour guide saya sepanjang lawatan. Suaranya oleh pelakon terkenal Steve Buscemi.

Point pertama. Saya disuruh memerhati sekeliling oleh Steve (mp3 player). Tarik nafas dan membayangkan yang saya adalah salah seorang dari banduan di dalam penjara usang ini.

Sedikit sejarah ringkas bersama gambar penjara yang asal.

Guard tower yang memang saling tak tumpah seperti kubu yang menunggu serangan musuh.

Saya antara yang paling awal sampai bersama dua beranak ini.

Lagi guard tower.

Cell-block pertama. Besi putih disebelah kiri adalah electric 
heater untuk musim sejuk.
Pintu kayu tanpa ruang untuk yang di dalam melihat ke luar.

Siling konkrit dengan lampu elektrik yang mengingatkan kita kepada filem-filem seram klasik.

Kenapa Penitentiary dan bukan Prison? Nanti kita bincang.

Siapakah gerangan yang pernah menghuni kurungan 654 ini?


Bersambung...

14 comments:

  1. very klasik. saya cukup kagum dgn bangunan2 kat negara luar especialy amerika & europe..penjara al capone..sebut al capone semua tahu yer dak..

    ReplyDelete
  2. steve buscemi tu pun kalau berlakon selalu jadi weird character... rupa banduan memang lepas tu, hehe

    ReplyDelete
  3. kenapa Al Capone sangat mahsyur ya? Sampai banyak filem tentang dia..

    Tengok muzium jel tu, saya sedih mengenangkan kita di Malaysia tak menghargai heritage Penjara Pudu.Musnah sebab tuntutan ekonomi.

    ReplyDelete
  4. fuiyoooo...aku nak suh laki aku masuk blog ko la...mesti dia suka tgk journey ko ni...

    dia antara peminat sejarah....

    ReplyDelete
  5. mmg selalu dgr nama al-capone but only now sya tahu sapa dia...huhu

    654 tu bilik dia ke?

    ReplyDelete
  6. baru jer nengok natgeo last week pasal gangster2 ni termasuk ler kisah si al-capone ni...

    heeee, seram ekk, tak pernah teringin tour penjara,.. penjara pudu? lagi lah tamau..

    ReplyDelete
  7. sy pernah ke rumah si polis yg tembak al capone tu ..lupa dah nama tpt tu..masa tu thn 1995 klu x silap

    ReplyDelete
  8. bole inspired buat lyric band metal ni doctor!hehe

    ReplyDelete
  9. sekali tengok penjara ni mcm kubu pertahanan je.. but nice!

    ReplyDelete
  10. mengingatkan aku dgn album-album helloween

    ReplyDelete
  11. penjara sana punyalah canti..penjara sini duk ramai22 pun mengerikan

    ReplyDelete
  12. dah macam kota medieval kat eropah bila tengok guard tower.....PRICELESS..nak pergi belum tentu lagi....thanks sebab dapat kongsi ' berjalan '........hehehe

    ReplyDelete
  13. movie Untouchables yang Robert de Niro blakon tu macam pernah baca kat satu majalah movie sebab pengarah dia antara yang famous klu tak silap..

    ReplyDelete
  14. great photos mm. Best post ko ni.

    ReplyDelete