Wednesday, September 14, 2011

Nergal (BEHEMOTH) sebagai cover majalah NEWSWEEK (Poland)

Pada isu terbarunya.

The cover image, which features the headline "God Horror Fatherland" and the caption "The Unknown Face Of The Polish Devil".

Beliau ini kontroversi atas beberapa sebab:

1. Beliau adalah penyanyi dan pemuzik band Black Metal tersohor Poland, Behemoth, yang mana dalam salah satu show mereka di Poland, beliau telah mengoyak kitab Bible yang mana hampir 90% penduduk Poland adalah penganut agama Katolik. Didakwa di dalam mahkamah tetapi dibebaskan bukan kerana tidak mengaku tetapi atas sebab perlakuan ini tidak dianggap sebagai jenayah.

2. Beberapa lama kemudian dia menjadi hakim kepada sebuah realiti show TV Poland.

3. Bukan itu saja, beliau menjalin perhubungan bersama penyanyi pop Poland, Doda - namun tidak berpanjangan.

4. Kemudian beliau menghidapi leukimia. Buat bone marrow transplant dan sekarang sihat kembali.

Atas sebab-sebab ini beliau sekarang menjadi selebriti terhormat di Poland.

Saya terfikir, 90% rakyat Katolik dan pada masa yang sama beliau dipuja di negara beliau? Tidak hairanlah majalah TIME meletakkan tajuk The Decline of Europe untuk keluaran beberapa isu yang lepas - walaupun Nergal bukanlah isunya.

Apa moral yang boleh kita dapat dari kronologi ini?



19 comments:

  1. wowow... sya tak suka black metal sbb rasa mcm ganas semacam tpi bila Doktor cite apsal dia ni...
    i'm kind of respect... and pity him as well..

    ReplyDelete
  2. salam

    baru sempat online ni

    selamat hari raya ye :)

    ReplyDelete
  3. Saya hanya harap Kirk Hammet jadi cover majalah National Geo. :)

    ReplyDelete
  4. black metal? yg sy tahu black metal x elok tu jer..

    ReplyDelete
  5. ya, ada baca pasal sakit yang beliau hadapi. mr. nergal dah potong rambut. nampak lebih kurus cengkung. tak perlu buat corpse paint lagi, dah real jerangkung!

    black metal makin gagah perkasa kat europe. buktinya mr. nergal sebagai cover newsweek. hebat!

    ReplyDelete
  6. aku tgh bayangkan... "bentara" jd cover majalah mastika >:) kompom aku beli hehehe...

    ReplyDelete
  7. "aku tgh bayangkan... "bentara" jd cover majalah mastika"

    tu ok gak...ko bayangkan kalau mangga...hahaha...

    ReplyDelete
  8. mangga?? tajuk lak...bentara nafi bercinta dengan artis muda...wakakakaka

    ReplyDelete
  9. moralnya, pemuzik black metal ada penghormatan diberi berbanding kita kat malaysia ni...?

    ReplyDelete
  10. moralnya: pemuzik Malaysia mesti berani bergambar tanpa memakai baju.

    ReplyDelete
  11. black metal tu tak salah Pak Abu, yang salahnya adalah anggapan yang black metal tu salah! sabor jelah..

    ReplyDelete
  12. moralnya: sapa pun kita..ade kelebihannya tersendiri..

    ReplyDelete
  13. moral: yang batil lebih menonjol drpd yg hak. tanda tu....

    ReplyDelete
  14. owh tidak kenal sama sekali

    ReplyDelete
  15. bgu sy la kan ..walau hebat mcm mana pon mamat ni...tunggu lah azab Allah nanti

    ReplyDelete
  16. ai dun folo.. :) .. tak kenai la sapa mamat ni..

    ReplyDelete
  17. Europe lebih hormat "black metal" dari Katolik. Ha ha ha (ketawa setan)

    ReplyDelete
  18. "Saya terfikir, 90% rakyat Katolik dan pada masa yang sama beliau dipuja di negara beliau? Tidak hairanlah majalah TIME meletakkan tajuk The Decline of Europe untuk keluaran beberapa isu yang lepas - walaupun Nergal bukanlah isunya"

    mengikut pandangan saya ialah kisah ini sama macam yg terjadi di Malaysia yang 99% rakyatnya beragama islam..segelintir manusia tetap diangkat menjadi pemimpin walaupun mereka mencemuh agama Islam..

    ReplyDelete
  19. hasnulhadi,

    sabar bro... rakyat malaysia melayu lebih sikit dari 50% je. Mana sampai 99% Islam tu?

    Mencemuh agama Islam tu kena pendetailan lagi.

    ReplyDelete