Friday, August 05, 2011

Melancong ke Niagara Falls Part 4: It's Niagara Falls!

Kita sambung (dah letih menaip ni)... Semangat balik sebab wife tak sabar nak baca.

Dengan tour ini kita sebenarnya bayar duit bas dan penginapan. Lain-lain, kena tambah sendiri termasuklah tips yang $12. So kena bawak duit extra. Dan cash. Sebab depa collect dalam bas. Anyway, dalam pamphlet awal-awal dah diberitahu mengenai excess fee ni (termasuk harga tiket berkenaan) so kita boleh prepare.

Dua aktiviti berbayar di sini. Naik bot Maid Of The Mist dan tengok rencana 30 minit mengenai Niagara Falls dalam panggung.

Sebelum naik kita akan diberi baju hujan plastik untuk elak dari basah.

Rainbow Bridge, yang menghubungkan US dan Canada.

Keadaan geografi kat sini adalah seperti gaung. Jadi nak kena turun bawah naik bot. Dimodenkan dengan pembinaan tower ni. Dari atas ke bawah kita naik lif. 

Lagi satu jambatan di arah yang berlawanan. Tak tau apa nama.

Bot menghampiri Bridal Veil Falls. Ada kisah disebalik nama. Lagenda Indian. Dulu konon ada seorang jelita yang mahu dikawinkan dengan seorang yang berpengaruh dalam kaumnnya tapi si jelita tak suka. Lalu dia lari. Sedang dia lari dia terdengar macam suara memanggilnya. Cari punya cari, terjumpalah air terjun ni. Dia terjun dan jadi penunggu. Narrator dalam rencana tu kata, mana tau kot-kot kita yang datang ni boleh dengar juga. Ini le kegunaan cerita lagenda, semata-mata nak menguntungkan pusat peranginan. Sama la macam kisah Mahsuri tu.

Ya semakin dekat.

Kat sini dah boleh rasa titisan air terjun. Kalau angin tolak ke hala bot, rasa macam hujan gerimis.

Nampak pelangi tu? Memang cun. Boleh kata sentiasa ada tapi posisi berbeza ikut mana cahaya matahari le. Kalau tak salah, disebalik air terjun tu ada gua dan mereka yang bayar boleh lalu kat situ. Sape boleh confirm?

Bunyi air terjun memang kuat. Tapi at the same time, bunyinya tak merimaskan. Tapi macam melodi. Kalah muzik.

Lawa kan?

Menghampiri Horseshoe Falls. Perhatikan titisan air yang seolah-olah meletup ke udara. Menggambarkan betapa hebatnya air terjun tu membanting.

Ini view memang best dan suspen. Semua orang dah tak sabar.

Deruman air terjun yang kuat tetapi pada masa yang sama meninggalkan satu suasana ketenangan yang tak boleh nak explain. Hebatnya ciptaan Allah s.w.t. Tu pasal Allah s.w.t. suruh kita tengok kebesaranNya melalui ciptaanNya. Bukan Dia suruh kita dok kaji zat Dia.

Air pun boleh tahan bergolak. Macam berada di lautan yang bergelora. Suspen juga. Buatnya terbalik bot, jenuh nak cari pelampung. Tapi jangan risau, depa dah buat benda ni berpuluh-puluh tahun.

Wall of fall. Apa agaknya rasa kalau kita berada betul-betul di bawah air terjun tu. Ada orang pernah buat ke (dan keluar tak mati)?

This is a scene no words can describe!

8 comments:

  1. subhanallah.. agungnya ciptaan yang maha esa.. untung abang ben da penah ke sana..

    ReplyDelete
  2. masuk dlm barrel lps tu terjun niagara falls, selalu aku dgr cerita ni

    ReplyDelete
  3. Ijau,

    memang ada! Real story!

    ReplyDelete
  4. subhanallah... memang Niagara Falls nih sangat cantik...

    aku ada tengok youtube pasal orang bule lalu belakang air terjun tu..

    terima kasih kerana berkongsi pengalaman menarik nih, aku tumpang gembira..

    ReplyDelete
  5. tak dpt pegi dpt tgk pon jadilah doc!

    ReplyDelete
  6. teghime kasih sebab share !

    mmg perghhhhhhh la

    ReplyDelete
  7. memang ada buat daredevil kat niagara falls :

    http://www.niagarafallslive.com/daredevils_of_niagara_falls.htm

    ReplyDelete
  8. Adoi! baru tgk gambo dh terasa bestnye, apalagi ko yg berada sana depan mata... huhuu...

    ReplyDelete