Budak Salafi: Saya rasa dah banyak sangat belajar hadith ini, dah macam nak terkeluar dari otak.
Ahlul Hadith: Alhamdulillah, enta dah belajar. sekarang enta kena tunaikan hak ilmu hadith.
Budak Salafi: Hak ilmu hadith apa tu.
Ahlul Hadith: Amal dan sampaikan. Enta pernah dengar hadith Abu Bakrah didalam Bukhari.
Budak Salafi: Abu Bakar ker Abu Bakrah?
Ahlul Hadith: Abu Bakrah radiaAllahuanhu, Bukhari menyebut dalam satu hadith yang panjang tentang Khutbah Rasul di Mina di Musim Haji.
Budak Salafi: Abu Bakrah tak pernah dengar pun.
Ahlul Hadith: Dia antara perawi hadis dikalangan sahabat yang kontroversi, baca kitab Rijal nak tahu tentang dia.
Budak Salafi: Apa dia hadith nya yang enta nak sebut tadi
Ahlul Hadith: عن أبى بَكرةَ رضي الله عنه، عن النبى صلى الله عليه وسلم، قال : ِليُبَلِّغِ الشاهدُ الغائبَ،
فإن الشاهدَ عسى أن يُبَلِّغَ مَن هو أَوعَى لهُ منه
Dari Abi Bakrah ra dari Nabi saw sabdanya, “ Hendaklah orang hadir (mendengar hadith ku) menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir, kerana sesungguhnya diharapkan orang yang disampaikan (hadith) itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya.(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Cuba enta baca syarah dan asbabul wurudnya.
oleh AbuQays (al-fikrah.net)
No comments:
Post a Comment