Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?
Ramadan pertama di bumi asing, Bethlehem, Pennsylvania, USA. Azam khatam al-Quran bulan posa ni.
Siangnya masih merayau di New York. Last kopek sebelum Ramadan. Jam 5pm dah berada kembali di Beth. Terus masak untuk makan malam merangkap sahur. Menu, ayam masak kurma.
Malamnya ke Uni jalan kaki. Hari Jumaat lepas, imam surau Uni kata kita akan Isya dan tarawih bersama-sama di surau jam 10pm. Memang ada nasihat dari security Uni untuk tidak berjalan seorang diri di waktu malam di kawasan kampus kerana ada kes mugging tapi, apa nak buat. Iman saya lemah. Kalau di rumah memang susah nak solat panjang-panjang. Terkesan dengan suasana. Nak tak nak, gagahkan juga. Mulut tak putus-putus dengan kalimah لا حَـوْلَ وَلا قـوَّةَ إِلاّ بِالل
Isya dan tarawih berempat je. Selain dari saya, yang lain Arab. Imam rasanya target nak menghabiskan 30 juzuk jadi 8 rakaat tarawih kami panjang-panjang qiamnya. Moga Allah s.w.t. bagi semangat kepada imam. Dapat la kami yang berjemaah ni pahala khatam al-Quran. Membaca dan mendengar tu sama penting. Oh ye, juga semoga Allah s.w.t. bagi kekuatan bagi saya juga.
Solat bermula 10pm dan selesai 1130pm. Untung salah seorang dari Pak Arab tu ada kereta. Dapatlah beliau hantar kami pulang dengan selamat diiringi dengan sekotak tamar dari Arab Saudi sebagai hadiah. Alhamdulillah.
Bangun sahur 350am. Berselera makan kurma ayam tadi. Fajr jam 431am.
Alhamdulillah. selamat berpuasa doc!!
ReplyDeleteCabaran posa yang paling besar ialah posa sorang diri.
ReplyDeletesalamat ramadan bro... semoga tabah menjalankan ibadah puasa di negeri orang hehehehehehe
ReplyDelete