Sunday, July 17, 2011

Ulasan: SINGHASARI Kebangkitan Nusantara

Pangiran Andika Harimau Berantai mungkin adalah nama yang asing kepada kita tetapi sebenarnya diri beliau ini sudah lama bergerak aktif di persada muzik underground nusantara. Saya mengenali beliau dan mengambil peduli juga aktiviti beliau. Bermula dari zaman Black Metal berahak dulu sampailah sekarang. Memang kecenderungan beliau kepada muzik yang ekstrim. Kebanyakannya tidaklah menarik perhatian saya tetapi rilisan ini sedikit lain. Ada kemajuan. Dan ideanya juga menarik walaupun detailnya tidaklah lari dari pegangan ultra-Melayu seperti yang ditunjukkan beliau sebelum ini. Kebangkitan Nusantara menawarkan 8 buah lagu yang berkonsepkan eastern Metal yang primitif yang membawa kita kembali ke zaman pertengahan tahun 90an. Gitarnya berbunyi nipis dan apabila dipetik dengan laju memberikan bunyi lebah (mungkin nyamuk lebih sesuai). Jadi, kalau ianya seperti kebanyakan rilisan demo tahun 90an yang boleh dilupakan, apakah menariknya ini? Ideanya. Menempekkan sejarah Melayu dan semangat ultra-Melayu di dalam komposisi lagu. Juga usaha mereka menyelitkan instrumen tradisi Melayu. Sekurang-kurangnya ini adalah sedikit kelainan. Dan seperti yang kita tahu, kelainan, walaupun sedikit, sangat diperlukan untuk mengujakan kita untuk melihat scene Metal kita kembali.

3 comments:

  1. dengar dengar ini band Folk metal kan?saya pun tengah menunggu copy ini rilisan daripada eastern voice production

    ReplyDelete
  2. off-topic - duktur, bila mau letgo blaze tenth dimension? :)

    ReplyDelete
  3. saound gitar bunyi lebah???teringat band death metal 90an dulu MISERY..

    ReplyDelete