Sunday, July 10, 2011
Ulasan: MANOWAR Into Glory Ride
Album kedua ini memaparkan penampilan pertama kali bagi Scott Columbus. Beliau bukanlah drummer yang hebat dari segi teknikal, tetapi dari segi ketuk, memang kuat dan precision memang on the dot. Beliau adalah pemain drum yang berdisiplin dalam memainkan lagu-lagu di dalam album. Apa yang didengar di dalam album, itulah yang didengar semasa live. Dari segi kekuatan album, tidaklah sekuat album pertama. Beberapa lagunya mungkin terlampau lemah dan suasananya tidak memberansangkan seperti lagu Revenge, Revelation (Death's Angel) dan March for Revenge (By the Soldiers of Death) iaitu tiga lagu terakhir di dalam album ini. Tetapi empat lagu yang lainnya memang bertenaga. Ambil contoh lagu Gloves Of Metal yang mempunyai suasana yang berkabus, sejuk tetapi memaparkan semangat keperwiraan di dalam liriknya. Begitu juga Warlord, yang intronya agak tidak seronok didengar bagi bapa yang mempunyai anak dara, tetapi ia memaparkan imej Metal yang bebas dengan tradisi memberontak rock n roll. Namun begitu, ini masih album yang agak lemah.
hehehe.. dari dulu aku tergelak tgk cover art album ni, terutamanya dressing si joey tu yg ala2 conan tak menjadi >:)
ReplyDeleteaku kureng kat ni cd..
ReplyDeletesatu2 nye zaman RTB yang aku tak dengar langsung lagu2 nye dah berapa tahun except for the yang korus " maim and kill them, ... the women and children " nye lagu.