Monday, July 11, 2011
Ulasan: MANOWAR Hail To England
Mungkin kecewa dengan sambutan yang kurang menggalakkan dari pendengar dari US, Manowar sengaja menggunakan nama album ini untuk memikat peminat mereka di Eropah, bermula dengan England. Berbeza sungguh dengan uruf yang biasa di England. Contohnya, kebanyakan pemuzik dan band di England (atau UK) mahu memecah tembok US seperti Def Leppard (dengan single Hello America) dan Iron Maiden (dengan tour jelajah US). Inilah yang dikatakan strategi dan telah terbukti pun yang mereka mempunyai peminat yang lebih ramai di Eropah. Apapun, album ini menunjukkan progres yang lebih baik dari album sebelumnya. Lagu-lagunya lebih bersemangat. Blood Of My Enemies menyuntik darah kepahlawanan begitu juga dengan Each Dawn I Die. Kill With Power dan Hail To England memang semata-mata menggeletek pendengar Metal untuk beraksi seolah-olah mereka sedang memegang pedang dan perisai; bersedia untuk arahan "maju" ke hadapan. Album ini diakhiri dengan epik yang monumental, Bridge Of Death - yang meremangkan bulu roma. Dengan album ini, Manowar melangkah dengan lebih maju.
musim manowar ke doc?
ReplyDelete“Each note I now play being a black arrow of death sent straight to the hearts all those who play false metal”
ReplyDeleteheheh...
hehe nak menghabiskan discography Manowar
ReplyDeleteBridge of death memang king!
ReplyDeletepeberet...
ReplyDeleteIni la first Manowar aku yang dalam bentuk cd punya...
peberet punya pasal.