Cuba tengok kat icon sebelah kanan tu. Ya!
Pengalaman di Australia mendapati bahawa semua sekolah di sana berbahasa Inggeris. Walaupun komuniti Asia di sana ramai dan pelbagai, sekolah (kerajaan) tetaplah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Pengalaman di Tronoh pula; saya mempunyai beberapa jiran Cina. Walaupun saya tidaklah rapat dengan mereka tetapi anak-anak saya dan mereka selalu bermain bersama. Mereka bermain bersama tetapi berkomunikasi dengan kepayahan.
Kalau tak salah saya ada empat buah sekolah rendah di pekan Tronoh. Dua sekolah kebangsaan, satu Cina dan satu Tamil. Di Australia, mungkin ada satu saja. Tidak kira warna kulit, bahasa kelahiran maupun agama, mereka akan tetap ke sekolah tersebut.
Siapa yang setuju dengan kempen 1 Sekolah Untuk Semua ini bolehlah tempekkan ikon ini di blog masing-masing.
ini mmg bagus cuma ada beberapa isu akan timbul pulak.
ReplyDeleteSetuju dengan satu sekolah untuk semua, dengan bahasa Melayu sebagai bahasa utama, manakala bahasa-bahasa lain iaitu bahasa Mandarin dan Tamil, diajar sebagai subjek sampingan kepada mereka yang mahu mempelajarinya, sebagaimana bahasa Arab juga wajar diajar sebagai subjek sampingan untuk setiap kanak-kanak Islam.
ReplyDeleteDan yang paling baik, bukan satu sekolah bercampur lelaki-perempuan tetapi satu sekolah untuk lelaki dan satu sekolah untuk perempuan.
Salam... sekadar nak berkkongsi, di bno sabak bernam, ada kaum Cina yang hantar anak mereka ke Pasti (abaikan politik di sini), mereka yakin dengan pembentukan akhlak cara Islam.. aku setuju 1 sekolah untuk semua...
ReplyDeletesokong jugak untuk sekolah 1 malaysia.. tapi serasanya pasti ada masalah dr segi politik yang agak sensitif untuk dibincangkan di sini. isu satu Malaysia boleh dijadikan sebagai salah satu alasan untuk mengurangkan lagi hak istimewa orang Melayu.
ReplyDeletesekolah satu malaysia ok..kalau semua bahasa diajar kepada semua rakyat...baru majmuk...melayu cakap tamil dengan kaum cina...orang india cakap mandarin dengan melayu...tapi itu tak mungkin terjadi...
ReplyDelete