Wednesday, April 27, 2011

Ulasan: SODOM In War And Pieces CD


Sodom adalah seumpama McDonald’s dan KFC kepada peminat Thrash Metal. Lebih-lebih lagi di Malaysia, Sodom dianggap sebagai band yang memulakan pergerakan muzik ini – dari jarak jauh. Album ke-13 ini sudah tentu menjadi album yang ditunggu-tunggu; album sebelumnya hanya sekadar rakaman semula EP In The Sign of Evil.

Nampak gaya, prestasi Sodom masih bergaya selepas album M-16. Walaupun vocal Tom Angelripper pada beberapa ketika mengingatkan kita pada gaya Tom Araya (Slayer), menjerit anak tekak namun muzik Sodom yang intense ini menghalang Sodom dari jatuh ke perlabelan tersebut. Secara amnya, saya lebih menyukai vocal beliau yang dalam album sebelumnya. Kerana dengan vocal corak begini saya rasakan intensity Sodom terkurang ditambah lagi dengan perlabelan Tom Araya.

Apabila berbicara tentang lagu-lagu Sodom di dalam album ini sudah tentu ucap terimakasih kita perlu hulurkan kepada gitarisnya, Barnemann. Riff berhantu beliau seperti dalam lagu Among The Weirdcong (M-16) ini diteruskan di dalam lagu pembukaan In War And Pieces. Dalam Through Toxic Veins dan God Bless You pula riff dimulakan perlahan tetapi beransur menjadi rancak selepasnya. Pada banyak tempat, riffsnya dibentuk supaya tidak tipikal tetapi pada masa yang sama menyerlahkan wajah Thrash Metal dengan nyata. Sesuai dengan umur pakcik yang berpengalaman, riffs yang diberi sudah tentu selari dengan usia. Itu belum masuk bab solo gitar yang lemak berkrim lagi tu!

Dengan lahirnya album ini, Sodom mengatakan bahawa ada beberapa lagi album untuk mereka menerajui muzik Thrash Metal. Dan sudah tentu mereka akan terus menjadi pengaruh kepada band Thrash Metal yang baru. Sodom, dengan kata lain adalah benchmark kepada genre Thrash Metal, sekurang-kurangnya untuk beberapa album kebelakangan ini.

(Bentara krenmaut.blogspot.com)
Disiarkan dalam KARISMA April 2011

1 comment:

  1. saya tidak pernah kecewa dengan setiap album bawaan Sodom... tetapi yang ni masih belum ada kesempatan nak dengar...

    ReplyDelete