Wednesday, January 19, 2011

Pembunuhan beramai-ramai oleh Jared Loughner

 Texas Chainsaw Massacre (gambar hiasan)

Pengalaman peristiwa massacre (bermaksud to kill in considerable numbers where much resistance can not be made) adalah satu perkataan yang agak asing bagi kita. Tetapi lain pula di US. Majalah TIME terbaru mengupas peristiwa tersebut yang dilakukan oleh seorang pemuda bernama Jared Loughner.

Aksi tersebut berlaku selama 15 saat menggunakan pistol Glock. 31 butir peluru dilepaskan. 19 mangsa dan 6 terbunuh.

Antara yang tercedera ialah seorang yang agak penting, Gabrielle Giffords. Beliau ada kena mengena dengan institusi kerajaan. Jared memang sudah ada hasad pada Gabrielle yang dilihat sebagai ahli politik yang tidak berupaya mengatasi masalah beliau.

Masalah Jared sebenarnya ialah penyakit mental - tetapi diterjemahkan atas kegagalan politik atau politik ultra yang dibayangkan cuba mahu mengawal hidup Jared. Sarah Palin dikaitkan juga kerana cara beliau berkempen ialah dengan memangkah gambar lawannya termasuklah Gabrielle. Jared mungkin melihat pemangkahan itu sebagai bunuh. Cara berfikir pesakit mental biasanya luarbiasa. Mereka biasanya menambah-nambah apa yang tidak ada dan membesar-besarkan perkara yang kecil.

Profile pembunuh yang berpenyakit mental termasuklah i. jenayah ganas yang pernah dilakukan ii. lelaki (80% berbanding dengan wanita 20%). iii. status sosio-ekonomi yang rendah dan iv. sejarah penangkapan. Jared menepati keempat-empat profile tersebut.

Ditambah dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol Jared, potensi keganasan 33% disebabkan sakit mental beliau bertambah secara drastik kepada 65%.

Apalagi apabila membeli senjata api di US seperti kita membeli tukul dan paku - asal syarat anda ada lesen membeli. Isu ini tidak pernah selesai di sana.

Walaupun begitu, kes Jared bolehlah dikatakan kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan yang dilakukan oleh Seung Hui Cho pada tahun 2007, yang menembak mati 32 orang di Virginia Tech University. Seung juga berpenyakit mental.

Di negara kita, memang ada yang berpenyakit mental dan ada dari mereka yang memang membunuh pun. Untung juga senjata api tidak dijual secara meluas seperti di US. Jika ya, sudah tentu negara kita pun sekali sekala dapat menjadi berita muka depan majalah TIME.

No comments:

Post a Comment