Monday, December 06, 2010
Ulasan: POISON Poison'd! CD
Saya tidak pernah menjadi peminat POISON walaupun saya juga meminati glam Metal seperti Motley Crue, W.A.S.P., Ratt dan sebagainya. Antara sebab utama mungkin POISON datang selepas band yang saya nyatakan tadi. Atau, ketika POISON muncul dengan album pertamanya pada tahun 1986, saya telah sibuk dengan genre muzik yang popular ketika itu, Thrash Metal.
Adakah saya rugi? Saya tidak berupaya untuk menjawabnya.
Album cover adalah sesuatu yang menarik perhatian saya. Album cover adalah album yang mana sesuatu band memainkan lagu-lagu dari band lain - terutamanya dari band yang mempengaruhi mereka. Mungkin lagu tersebut adalah sangat dikenali ramai atau boleh saja lagu tersebut sangat tidak dikenali, dan hanya dikenali oleh mereka saja.
Menarik. Kerana banyaknya lagu-lagu menarik dalam dunia ini yang mudah saja kita terlepas pandang. Contoh terbaik - Don't Walk Away, lagu Tank yang dicover oleh Sodom. Kalau tidak kerana Sodom, sudah pasti kita tidak mengenali Tank pun.
Untuk album ini, yang saya kenali cuma Rock N Roll All Nite oleh KISS. Yang lainnya, yilek - satu pun tak familiar. Artisnya dikenali - Rolling Stones, David Bowie, Sweet, Grandfunk Railroad - tetapi apa daya kita nak mengetahui kesemuanya, bukan begitu?
Cover The Cars, Just What I Needed, menarik perhatian saya. Sudah tentu lagunya sedap. Ya, memang sedap, sekurang-kurangnya seperti apa yang diterjemahkan oleh POISON. Bunyi gitarnya yang rangup; pada masa yang sama lemak berkrim memberikan satu nafas baru kepada lagu yang sudah sedia melodik.
Begitu juga dengan lagu tema KISS, apa nak dikatakan lagi. Lagu ini, walau siapa yang mengcover pasti tidak akan salah. Lainlah kalau memang band tersebut memang tidak boleh memainkan instrumen mereka langsung. Bayangkan, lagu ini dicover oleh band Power Metal seperti MANOWAR (mungkin dah ada?).
Cover dari The Who adalah satu lagi lagu yang menarik, terima kasih kepada tonasi gitar C.C. Deville yang lemak berkrim itu. Atas alasan ini, saya berpendapat apabila riff Punk, diMetalkan bunyi pada jabatan gitar - ianya pasti akan menarik telinga Mat Metal dengan pulasan yang sukar untuk ditarik balik. Satu hipotesis yang telah digunapakai oleh DISFEAR.
Cuma alangkah baiknya jika di dalam booklet, POISON boleh memberi sedikit komentari tentang lagu-lagu yang dimainkan. Pastinya ada sejarah.
Pelik tetapi saya mula menyukai POISON disebabkan oleh album ini. Mungkin selepas ini saya terpaksa mendengar album Look What the Cat Dragged In sebagai mengiakan fenomena POISON. Saya pasti ramai yang menyokong hasrat saya ini.
Track listing
1. "Little Willy" (originally performed by Sweet)
2. "Suffragette City" (originally performed by David Bowie)
3. "I Never Cry" (originally performed by Alice Cooper)
4. "I Need to Know" (originally performed by Tom Petty and the Heartbreakers)
5. "Can't You See" (originally performed by The Marshall Tucker Band)
6. "What I Like About You" (originally performed by The Romantics)
7. "Dead Flowers" (originally performed by The Rolling Stones)
8. "Just What I Needed" (originally performed by The Cars)
9. "Rock and Roll All Nite" (originally performed by KISS)
* Originally released on the Less Than Zero soundtrack
10. "Squeeze Box" (originally performed by The Who)
* Originally released on Hollyweird
11. "You Don't Mess Around with Jim" (originally performed by Jim Croce)
* Originally released on Look What the Cat Dragged In
12. "Your Mama Don't Dance" (originally performed by Loggins and Messina)
* Originally released on Open Up and Say...Ahh!
13. "We're An American Band" (originally performed by Grand Funk Railroad)
* Originally Released on The Best of Poison: 20 Years of Rock
berteromber dan takilala pastinya amat suka...
ReplyDeletelagu Tank yg dicover Sodom dlm Agent Orange tu tajuk Don't Walk Away dan dlm Better Off Dead lagu Turn Your Head Around. Remember the Fallen tu bukan lagu cover.
ReplyDeleteAzlan,
ReplyDeleteThanks. Amendment made.
4 million copies worldwide...bukan gua sorang..."Look What the Cat Dragged In"...memang the bestest glam metal album ever...period!
ReplyDeleteHidup lagi band Poison nie yerk?? Teringat pulak kat Nas Ahmad masa jadi kolumnis Rock On! kat URTV dulu (apa kaitannya, entahlah).
ReplyDeletegua suka poison! kali pertama tengok mini pinup diorang kat sokaba mingguan malaysia puluhan tahun dulu trus jatuh chenta!
ReplyDelete'talk dirty to me'
adalah lagu pop punk terhebat sepanjang zaman diorang dan lebih 4 juta orang telah kena racun! hebat!
album cover ni blum dengar lagi.
poison
ReplyDeleteunskinny bop, life goes on.. lagi ermm.. erm..
sedap la lagu dorang dua tiga hehe