Sunday, December 05, 2010
Ulasan: THE DICTATORS Manifest Destiny CD
Susah nak percaya pada mulanya bila mengetahui bahawa Ross The Boss, pengasas MANOWAR (bersama Joey DeMaio) adalah gitaris punk pada asalnya. Tetapi bila difikir-fikir balik, apa nak dipeliknya, ye tak?
Beliau bermain untuk THE DICTATORS sejak tahun 1973. Hanya pada tahun 1980 beliau kenal dengan Joey dan memulakan MANOWAR. Mungkin untuk peminat Metal, MANOWAR lebih dikenali tetapi untuk peminat punk, sebaliknya. Dengan THE DICTATORS, mereka dianggap sebagai salah satu dari pengasas muzik punk. Bersama MANOWAR mereka secara amnya memberikan cabang baru kepada muzik Metal - epik dan fantasi dengan Heavy Metal sebagai satu ideologi.
Metal atau punk, Ross The Boss menang. Kedua-dua band dikenali oleh peminatnya. Saya boleh bercakap untuk pihak Metal, dia memang sungguh-sungguh berjaya dengan MANOWAR dalam 6 album yang beliau riliskan. Siapa nak menafikan Kings Of Metal? Battle Hymns?
Manifest Destiny adalah album kedua THE DICTATORS. Punk mereka bermelodi dan dimainkan dengan keahlian muzik standard - tidak chaotic. Produksinya baik dan diadun dengan kemas. Elemen raw memang tiada. Jika tidak kerana power chord stroke ke bawah secara berulang-ulang, mungkin ia jadi pop.
Malah, album ini bukan straight-punk seperti yang kita kenali melalui Sex Pistols tetapi lebih kompleks dengan instrumen keyboard dan strings. Elemen progresif rock pun nyata seperti dalam lagu Disease - chord progression yang menarik berserta suara latar beramai-ramai ala muzikal teater.
Hey Boys yang merupakan lagu mula, sungguh melodik dengan pengaruh pop 60an tetapi sekali dengar liriknya, mungkin ada provokasi (boleh semak sendiri). Heartache sama patennya dengan Hey Boys - tetapi bila didengar dengan sedikit perhatian - kita akan mendengar pengaruh yang Ross The Boss bawa masuk ke dalam MANOWAR untuk album Battle Hymns.
Sleepin' With The TV On dan Steppin' Out pula lebih lembut dengan plucking gitar dan solo Ross The Boss yang penuh dengan perasaan. Pengaruh punk paling kuat didengar pada 3 lagu terakhir; Science Gone Too Far, Young, Fast, Scientific dan Search & Destroy (cover The Stooges) dengan riffs tipikal punk, power chord stroke ke bawah, cuma kali ini 3 kali pantas dari lagu-lagu yang lain di dalam album ini.
Yang akhirnya membawa kita berfikir kembali; Punk dan Metal adalah dua genre yang mempunyai persamaan. Untuk beralih posisi, seperti yang dilakukan Ross, bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai salah. Muzik adalah muzik. Apatah lagi dua genre yang asalnya dari asas yang sama.
1. "Exposed"
2. "Heartache"
3. "Sleepin' with the TV On"
4. "Disease" (intro by Andy Shernoff, Richard Manitoba; lyrics by Andy Shernoff)
5. "Hey Boys" (Scott Kempner, Andy Shernoff, Dick Destiny)
6. "Steppin' Out"
7. "Science Gone Too Far"
8. "Young, Fast, Scientific"
9. "Search & Destroy" (James Williamson, J.J. Osterberg)
All songs written by Andy Shernoff except as indicated.
Salam Bang,
ReplyDeleteTak pernah saya sangka orang yang terserlah dengan cerita-cerita epik,pedang-pedang,badan sasa dan antara asas awal saya mendengar Power Metal ini punyai band Punk Rock yang raw juga.
Terima kasih atas ilmu yang bahru!