Rasa lega kerana Qharinth menghantar sebuah CD, dicetak secara professional dengan layout semua cukup. Mereka mengorbankan wang ringgit untuk persembahan visual, tidak seperti keadaan sekarang yang mana kebanyakan band mahu kebelakang. Merilis dalam bentuk kaset ataupun lo-fi atas alasan nampak lebih ikhlas.
Puluhan band tempatan sekarang dengan rilisan terbaru, boleh kira berapa banyak yang rilis secara proper?
Aku rasa semangat sebegini perlu diteruskan. Kita mungkin kalah dari segi produksi studio ataupun teknikaliti dalam permainan instrumen tetapi first impression kena betul.
Lainlah kalau ia dijual RM3 sekeping. Apa yang anda bayar, itulah yang anda dapat.
Untuk subjek presentation, QHARINTH harus dipuji.
Untuk kandungan di dalamnya, kritikan harus diberi. Tiada sebarang kritikan keras akan diberikan kepada jenis muzik yang dimainkan kerana muzik adalah muzik. Ianya kalau tidak banyak, pasti sedikit akan ada sadurannya. Dalam hal ini, tiada komen yang perlu diteruskan kerana muzik Metal yang dimainkan QHARINTH adalah standard muzik Metal zaman ini.
Anda akan disajikan dengan muzik Black Metal berkeyboard dan tanpa perlu aku nyatakan dengan spesifik, pastinya nama band-band tersebut automatik berlegar dalam fikiran anda. Samalah dengan aku.
Arrangement muzik boleh tahan untuk CD dengan 4 buah lagu ini. Tidak terlampau straight forward. Gitarnya cuba membawa lagu yang dimainkan kepada nota yang tidak tipikal. Keyboardnya juga memberikan sentuhan kelembutan di sebalik kekerasan muziknya.
Vokalnya pun bersemangat! Pelbagai jenis vokal boleh didengar dari seorang vokalis. Vokal halus, meneran, garau dan tebal; semua boleh diluahkan dengan baik.
Kambing hitam di sini ialah pemain drumnya. Sebagai teraju utama rhythm dan rentak, beliau agak terkehel. Banyak. Boleh didengar dengan jelas bass drum yang longgar dan tidak menurut kehendak masa yang memerlukan konsistensi dan paduan seragam. Juga strokenya juga agak tergeliat di banyak tempat.
Untuk memberikan satu penghargaan yang tinggi terhadap rilisan ini, sudah tentu tidak adil, bukan saja kepada bakal pembeli tetapi band ini sendiri. Untuk memberikan sebaliknya, sudah tentu tidak patut di atas effort yang ditunjukkan. Mungkin jika di letak ditengah-tengah ia lebih adil. Menang di dalam presentation luaran namun ada banyak ruang untuk dibaiki pada bahagian dalamnya.
Jika semangat ini diteruskan, insyaAllah kita akan mendengar khabar dari mereka untuk rilisan seterusnya.
QHARINTH
patut kalau diorang deserve kritikan yg evil cam air mata sesalan dpt dulu, lu bagi je.. pasal wa beli ep mistik tu pun kerana termakan hype dari kontroversi yg lu cetus dek review tu.. percayalah qarinth takkan rugi malah sales lagi melambung ada le.. heheh..
ReplyDeletebtw lu mmg idola wa masa tu! hati keringggggggz..