1. Plan awal untuk drive to JB kemudian masuk Singapore untuk IRON MAIDEN, nampaknya semakin kelam. Terlampau banyak karenah. Lebih baik rasanya, fly terus ke sana dari KL. Dari Tronoh ke LCCT, naik la bas kan?
2. Video instruction Nicko Mcbrain tahun 1991 dulu dah pun remastered dalam bentuk DVD. Edisi terhad pulak tu! Cuma 3000 naskah! Aduh.... Kalau korang ada harta lebih sikit, boleh beli kat SINI (klik pada DVD).
3. GOJIRA, antara band yang punya harapan cerah, sedang merakamkan EP terbaru. Ianya hanya akan dijual melalui website GOJIRA. Album yang terakhir, memang BEST.
4. Jumpaan band berpotensi, HEXEN. Struktur Thrash Metal yang klasik tetapi dimainkan dengan penuh skil disulami dengan gitar solo kembar. Mereka baru saja menandatangani kontrak dengan label Singapura, PULVERISED RECORDS. Try dengar lagu diorang di myspace. Kalau tak impress, I don't know what other bands will.
5. Joey Demaio (MANOWAR) membangga-banggakan album baru yang bakal muncul bertajuk Hammer Of The Gods dengan kata-kata "So this album is gonna basically sound like I told you before — like somebody put gasoline on your fucking balls and lit it. ". Keh keh keh... dia memang suka melampau-lampau dalam kenyataan beliau. Pada masa yang sama, beliau menjatuhkan album yang terakhir yang telah mendapat kritikan teruk dari peminat setia dan mengatakan bahawa kali ini, album akan kembali kepada yang asal - semua ini disebabkan oleh kembalinya drummer, Donnie Hamzik. Jadi selama ni memang kau bersalah la eh, Joey? Drama sungguh beliau ini.
6. Gig Metal akan datang ke Bandaraya Ipoh bulan depan:
Sudah tentulah highlightnya, LANGSUYR. Bagaimana menonton band yang pernah aku lead, di depan mata (tanpa aku main). Lagi menarik, aku yang berpogo depan LANGSUYR hahaha...
Akhir kata, selamat berMetal tanpa meninggalkan solat. Bila lama-lama solat dan betul, tinggalkan Metal pulak. Caya!
klu plan naik flight pi s'pore dari LCCT, disarankan amik flight AK707 14/2/11 1505hrs...
ReplyDeleteAkhir kata, selamat berMetal tanpa meninggalkan solat. Bila lama-lama solat dan betul, tinggalkan Metal pulak. Caya! -- gua pinjam yee kata-kata keramat ni.. hahahaha
ReplyDeletemetalstar cam mr.joey memang patut mengeluarkan kata2 semangat viking cam tu!
ReplyDeletebersedialah semua pengkritik2 manowar dengan album metal terhebat yang akan mengatasi semua album metal temasuk iron maiden! HEH!
Bang! Main lagu Metal dlm gua nie tak takut ker? Gua dah pernah tengok gua nie, kat atas dia penuh dgn stalagtite tajam2, buatnya jatuh tak ke naya! Kira gig berani mati jugak nie, hehe.
ReplyDelete