Saturday, September 18, 2010
Ulasan: K'NAAN Troubadour CD (Champion Edition)
Aku rasa bersalah. Lagu T.I.A. yang menjadi lagu pembuka album ini telah menyebabkan jantungku berdegup kencang. Groovenya - lemah aku untuk menolaknya. It is really driving!
This is Africa!
Ia tidak berhenti di situ saja. Lagu seterusnya pun begitu. Cepat selamatkan aku. Takkanlah aku dengan tidak sengaja meminati K'Nnaan? Cukuplah EMINEM. Itupun tak larat aku nak memikulnya.
Oh rupa-rupanya nama sebenar K'naan ialah Keynaan Cabdi Warsame (arabnya - كنعان عبدي ورسمه Kin‘ān ‘Abdī Warsamah). Berasal dari Somalia. Entah-entah beliau pernah keluar 3 hari suatu masa dahulu. Dalam lagu Dreamer, beliau menulis "Something good happens we say, 'Mashallah'". KeIslaman beliau tidak disorok.
Album ini menonjolkan disebabkan lagu tema World Cup 2010, Wavin' Flag. Pemilihan lagu ini tepat. Beliau dilahirkan di Somalia dan mengecap populariti setelah beberapa lama bersusah payah di negara sendiri. Rezeki beliau.
Tetapi memang beliau ada talent sejati. Beliau tidak menjual seks. Jika ada pun, secara minimal (mungkin atas tekanan syarikat). Sebaliknya tema utama beliau banyak dikaitkan dengan kehidupan beliau sebagai pemuda Afrika dari Somalia. Ini suatu kekuatan yang menarik beliau dari tenggelam bersama dengan artis-artis seumpama beliau.
Antara kolaborator yang mungkin menarik peminat Metal ialah Kirk Hammett (METALLICA), kita pasti tak terlepas dengar gitar solo trademark Hammett. Dalam lagu If Rap Gets Jealous dan Adam Levine (MAROON 5) dengan lagu Bang Bang.
Selain lagu yang groove seperti T.I.A, ABCs, Wavin' Flag dan Does It Matter; intipati sebenar yang menyebabkan K'naan begitu menarik perhatian ialah jatidiri beliau yang Afrikan, bukan dibuat-buat. Mesejnya penuh dengan luahan seorang Afrikan. Beliau melalui kehidupan getir di Somalia dan beliau salurkan pengalaman beliau ke dalam setiap lagu-lagunya. Ini sudah tentu berbeza dengan hip hop signature dari US yang berbelit dengan hedonism dan gangsterism.
Jika disuruh pilih, aku Islamis, aku memilih beliau. Ada kalimah di dalam hatinya yang sangat berharga. Jika dikira atas merit muzik pun, memang beliau berkaliber. Jadi apa masalahnya lagi?
Beliau menulis, I'm trying to walk the lane, the siratul mustaqim was the cane, instead of doing things they keep you covered in the flame. Semoga beliau jumpa apa yang dicarinya.
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
No comments:
Post a Comment