"Rumah kat Melbourne lagi murah dari di Damansara.." Aku bermukaddimah.
"Itu hari, rumah kat Damansara... semi-D harga RM2.5 juta"
"Ni kat Melbourne, baru AUD$500K... kali 3, kira baru RM1.5 juta"
Aku menghalakan perbualan ini kepada isteriku walaupun mukaku tepat menghadap iklan rumah di Melbourne sambil meniarap di dada akhbar The Star hari ni.
Isteriku duduk senyap di atas sofa.
"Rumah kat Melbourne dah tentu banglo... kat Damansara tu semi-D je..." sambungku lagi, serius.
"Baik beli rumah kat Melbourne!" aku bertambah serius.
Isteriku senyap lagi. Aku menoleh kepadanya dan kembali kepada dada akhbar menatap iklan tadi.
"Kalau kat Melbourne, kalau bagi sewa, agent jaga elok punya"
"Kat Damansara belum tentu ada orang nak jaga... kita pun tak tau camana"
Aku menoleh sekali lagi kepada isteriku. Nampak seperti isteriku mahu membuka mulut.
"Ada RM2000?" tanya isteriku.
Aku terkedu. Perbualan kami mati di situ. Aku pun mula meletakkan akhbar tadi dan menekup muka.
lol!dia tanya 2k je terus senyap!
ReplyDeletepadu bro padu hahahah
ReplyDeletepunch line padu! haha~
ReplyDelete