Wednesday, September 29, 2010

My Selangor Story: Hari 1 - Firefly - Pentax - i-City - Shah Alam Uptown

My Selangor Story: Hari 1

VOTE FOR KRENMAUT




My Selangor Story: Hari 1 from bentara on Vimeo.


“Assalamuallaikum!” Aku mengalihkan pandanganku ke arah salam tersebut.

“Gua Joe…” beliau memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.

“Bro join ini tour ke?”

Aku menangguk. Joe berdiri tegak di hadapanku sambil tersengih. Badannya kurus. Rambutnya mencecah bahu. Kasutnya, mungkin Converse buatan Siam. Dia memakai baju bundle Eurythmics. Bibirnya tidak kelihatan seperti beliau merokok.

Merokok membahayakan kesihatan – aku berkata dalam hati.

Aku sedikit keletihan, menaiki bas dari Tronoh ke Stesen Keretapi KL. Kemudian menaiki teksi. Untung pemandu teksi, Uncle berbangsa India begitu peramah bersembang.

“Ada betul ka, ane?” soalan yang selalu dituju kepadaku tatkala Uncle mahukan persetujuanku terhadap sesuatu isu yang kami bahaskan dalam teksi. Ane?

Peserta dan penganjur sudah mula memenuhi Kapitan Kopitiam, warung-restoran yang menjadi hos kami di Subang Skypark.

 "Pastikan anda membawa IC dan passport anda bersama"

 Baju cun tapi badan aku tak berapa cun (baju ketat sikit heh)

 Kapitan ada kelas!

 Aaaa... memang betul! Firefly lagi bagus dari Airasia!

--------

Pagi tadi, aku melangkah keluar rumah setelah mendakap dan mengucup pipi isteriku. Isa, anak yang bongsu leka dengan TV. Dipanggil beberapa kali pun dia tidak mahu bersalam denganku.

Malang sekali, sponsor penerbangan, Firefly, tidak ada route dari Ipoh. Penganjur pula tidak membenarkan peserta dari membawa kenderaan sendiri.

Perjalanan dari Tronoh ke Kuala Lumpur agak membosankan. Aku habiskan masa dengan tidur dan membaca akhbar.

Ketika melangkah ke dalam bangunan Subang Skypark, aku bertembung dengan krew Firefly yang sedang bergambar dengan peserta yang baru sampai. Aku mengelak. Terasa malu.

Aku mencilok dengan pantas, terus masuk ke dalam Kapitan Kopitiam untuk mendaftar dan mata aku liar mencari tempat berlabuh. Kopitiam yang sederhana besar itu menjadi sempit disebabkan ramainya perserta dan penganjur memenuhi kawasan. Kerusi yang kosong terus aku capai. Aku dikelilingi oleh generasi happening sedangkan aku generasi pening!

Krew Firefly begitu semangat menguruskan kami. Penuh dengan senyuman.

Setelah selesai mendaftar, kami bersembang sesama sendiri yang sebenarnya aku banyak bersembang dengan Joe dari orang lain.

“Amacam bro? Sedia? Boleh menang? Kalau menang nak buat apa dengan hadiah tu? Boleh pass kat gua sikit?” Joe memang peramah. Kalau peramah jenis ini, setengah orang suka nak menghadiahkan pelempang. Tapi aku, suka melayan.

Kami menaiki bas yang disediakan dan terus bergerak ke hotel.

"Sori bro... bas goyang, dapat shot dahi lu je..." kata Joe tanpa rasa bersalah.


and yo... kami disponsor oleh PENTAX. Aku dapat pinjam-pakai model Optio I-10 yo! Warna putih - sungguh menawan kalbu.

++++++++++
i-CIty

i-City dibina di atas kawasan seluas 72 ekar yang mana hanya 40 ekar yang mempunyai struktur binaan. Selebihnya, dikekalkan bentuk fizikal asal. Nyata, i-City menekan prinsip green technology. Bangunannya juga dibina dengan prinsip sustainabilty yang sekarang menjadi agenda penting dalam falsafah pembangunan negara.

Sebagai sebuah pusat sistem maklumat, i-City telah berjaya menjadikan lingkaran internet mereka sebagai antara yang terpantas di Malaysia. Sistem jaringan network i-City telah mendapat pengiktirafan Cisco dan sekarang ia menjadi rujukan dalam implementasi jaringan internet tercanggih di dunia.

Kami disambut oleh Mr. Yu. Kami diberi taklimat khusus tentang i-City. Kami dijelaskan tentang konsep i-City, yang mempunyai suasana kampus. Komuniti i-City yang menjalankan aktiviti di dalamnya, tidak perlu untuk keluar dari kawasan tersebut untuk mencari rekreasi. Rekreasi digabungkan sekali dalam falsafah pembinaannya. Selepas waktu pejabat, i-City bertukar menjadi pusat rekreasi.

“Kejayaan Silicon City bukanlah kerana usaha orang luar tetapi oleh orang tempatan.”

“Dan perkara yang berkaitan dengan teknologi ini sebenarnya golongan muda – 20an yang sebenarnya memberi impak”

“Untuk itu, i-City dibina atas model tersebut untuk menarik perhatian golongan ini supaya kekal di dalam i-City” jelas Mr. Yu semasa majlis taklimat beliau.

Kereta yang bernombor AHC 3425, sila alihkan kereta anda!

Aku perhatikan Joe begitu khusyuk mendengar taklimat ini.   

“Gua minat kerja macam ni bro… Bill Gates tu idola gua!” bisik Joe ke telingaku.

City of Digital Lights (CoLD) dan pusat acara komuniti buat masa ini menjadi daya tarikan utama. Contohnya, CoLD setakat ini telah berjaya merakamkan kehadiran purata seramai 70,000 orang setiap minggu. Sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia pun telah banyak dibuat di sini.


 
 
 
 
 
Abang Bennnnnnn...!!!

Kami diberi peluang untuk merakamkan suasana dan gelagat pengunjung dalam CoLD pada malam itu. Memang CoLD menjadi tumpuan mereka yang berkeluarga. Pasangan suami isteri membawa anak-anak mereka bermain dengan cahaya di waktu malam. Dari gambar yang dipaparkan di sini, keriangan keluarga yang datang memang terserlah. Ditambah lagi dengan bayaran masuk yang murah, RM10 bagi setiap kereta. RM10 itupun ditukar menjadi kupon yang menjadi token untuk belian makanan dan minuman di dalam kawasan i-CIty. Tidak hairanlah statistik terkini menunjukkan yang i-City tumpuan pengunjung paling agresif sekarang ini.

Kami juga dijamu dengan steamboat di tengah-tengah taman rekreasi. Tomyamnya bravo! Aku memang dah tak larat nak makan tomyam. Tapi tomyam kali ini yang disajikan memang bestest! Joe melayan tomyam sampai meleleh peluh di pipi.


Bestest tomyam!

++++++++
Shah Alam Uptown

Destinasi seterusnya adalah tumpuan membeli belah komuniti Shah Alam dan seterusnya yang bernama Shah Alam Uptown. Kami disambut oleh suara DJ yang berkumandang di ruang beli belah. Shah Alam Uptown mengambil konsep Petaling Street di Kuala Lumpur yang mana gerai-gerai yang menjual pakaian, jam tangan dan pelbagai aksesori lain di dalam satu tempat. Bezanya ialah majoriti peniaga di sini berbangsa Melayu, sesuai dengan lokasinya di Shah Alam yang mempunyai peratusan Melayu yang tinggi.

Pengurus Shah Alam Uptown telah berbesar hati menyambut kami dan telah memberikan taklimat ringkas tentang sejarah Shah Alam Uptown yang berkait dengan fenomena fun-fair pada tahun 70an dahulu.

“Anak perempuan saya dukung ini semata-mata untuk mendidik dia dari kecil supaya menjadi usahawan yang berjaya satu hari nanti.” Jelasnya.

Kepada ibu kepada baby ini, sila patuhi giliran awak... saya pun nak meronda juga!

Kami mengelilingi kawasan Uptown ini dengan diiringi oleh seorang penunjuk jalan. Beliau berjalan agak laju. Aku dan Joe kadang-kadang tertinggal di belakang.

“Bro… kejap… kejap” Joe menarik tanganku sambil menunjuk kepada satu produk.

Aku mengkarate tengkuk Joe.



Asam kurang betul la Joe!

Uptown memang meriah dengan pelbagai gerai. Dari gerai menjual pakaian hinggalah kepada gerai makanan. Setiap gerai tersebut mempunyai tema sendiri. Atau dengan lain perkataan, specialty.

Bahkan yang pelik-pelik pun ada. Antaranya gerai yang menjual alatan silap mata, matawang unik bahkan yang menjual haiwan berbisa pun ada!

 Dah makan pun tengok gerai boleh lapar balik.


 Tengok sini Joe, jangan tengok awek sebelah!

 Bro, boleh bagi beranak duit tak?

Eeeeiiiiiii geli... kata Joe

Mungkin sebab itu penunjuk jalan tadi laju jalannya. Nak berhenti setiap gerai dengan masa sejam yang diberikan memang tak cukup.

Sebelum pulang, kami berkaraoke. Meriah juga. Tak sangka Amelia, wakil penganjur dari Horizon Communications mempunyai suara yang boleh tahan.


Amelia. Siapa sangka suara sedap menyanyi? Joe begitu terkejut sampai nak terjatuh dari kerusi.

“Gua nak nyanyi juga bro… tapi dalam list lagu takde lagu tu…” kata Joe.

“Lagu… Sudirman… Aku Penganggur…” sambung Joe.

Kau biar betul Joe!

----
SPONSORS:









6 comments:

  1. fullamak. bes gle. byk sponsor.

    ReplyDelete
  2. best.. best...

    ohh Selangor negeriku

    ReplyDelete
  3. dah macam baca novel la pulak... apapun best! all the best.

    ReplyDelete
  4. very nice report
    thsirt firefly tu pun nice jugak..
    tom yam tu pun looks nice

    ReplyDelete
  5. ihsan,

    sampai tak larat nak makan... asyik makan makan makan!

    ----------
    ziarah76,

    banyak lagi tempat tak pergi tu bro

    ----------
    zara aluwi,

    malu ah kak... akak lagi hebat, ada dua biji novel karangan sendiri!

    -----------
    deaf_angel,

    tshirt cantik tapi badan tak cantik huhuhu

    ReplyDelete
  6. i-city mmg crowded..walaupon hari biasa..uptown kdg2 jumpa brg rare gak

    ReplyDelete