Sunday, August 08, 2010

Ulasan: JACK JOHNSON To The Sea CD


Jack Johnson berada di puncak dunia. Dalam main-main dia bermain muzik, beliau telah pun merilis album yang kelima. Dan jualannya berjumlah jutaan unit! Main-main dalam ertikata, beliau meletakkan meluncur ombak (surfing) sebagai kerja pertama beliau dan bermain muzik/menghasilkan album sebagai hobi.

Sebagai menguatkan lagi pernyataan ini, beliau seringkali menyedekahkan kutipan live show beliau KESELURUHANNYA kepada badan-badan amal. Ada berani?

Album To The Sea ini meneruskan konsep beliau yang telah dikenali ramai, iaitu muzik pantai iaitu subgenre rock. Untuk menggambarkan muzik sebegini, anda kena bayangkan bahawa anda berada di tepi pantai beramai-ramai, membuat bulatan mengelilingi seorang yang memegang gitar kapok. Si pemegang gitar kapok itu bukan saja pintar dengan gitarnya, tetapi juga mempunyai suara yang lunak. Lagu yang didendangkannya mudah dicerna dan seringkali korus menjadi sesi nyanyian beramai-ramai.

Itulah Jack Johnson.

Berjayanya beliau dalam memanipulasi muzik yang dimahirinya itu sehingga pengulas yang mendengar di dalam kenderaan semasa menuju ke ofis juga turut menggambarkan dirinya berada di tepi pantai! Pakarnya beliau sampai begitu sekali!

Oleh sebab itu album ini begitu luas ruang lingkup pendengarnya. Walaupun anda seorang prog rocker yang hanya mendengar sesuatu yang ada kias dengan album King Crimson mahupun mereka yang mengenali muzik sebenar hanyalah yang didendangkan di dalam kelab malam; album sebegini sukar untuk dibenci.

Cuma tinggal lagi, sebanyak mana yang boleh anda dengar kerana akhirnya album ini pergi balik pergi balik, begitulah, tiada variasi yang boleh menbezakan antara lagu-lagunya. Tapi itulah Jack Johnson. Cute!

All songs written by Jack Johnson except where noted.

   1. "You and Your Heart" – 3:13
   2. "To the Sea" - 3:30
   3. "No Good with Faces" - 3:31
   4. "At Or with Me" - 3:58
   5. "When I Look Up" - 0:58
   6. "From the Clouds" - 3:05
   7. "My Little Girl" - 2:21
   8. "Turn Your Love" - 3:12 (featuring Paula Fuga)
   9. "The Upsetter" - 3:49
  10. "Red Wine, Mistakes, Mythology" (lyrics by Johnson, Zach Gill, music by Johnson, Gill, Adam Topol, Merlo Podlewski) - 4:03
  11. "Pictures of People Taking Pictures" - 3:20
  12. "Anything but the Truth" - 2:54
  13. "Only the Ocean" - 3:43



-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

No comments:

Post a Comment