Monday, August 09, 2010

Bersekolah di rumah

Seperti yang dilaporkan dalam NST (8 Ogos 2011 - m/s 17 Spotlight).

Semakin ramai yang mengikuti trend ini sehingga tertubuhnya The Grace Homeschooling Resource Centre. Antara sebab utama ialah ibubapa yang sudah hilang keyakinan terhadap sistem pendidikan yang sedia ada. Sebab lain ialah untuk menjadikan pendidikan lebih bersifat holistik. Albert Einstein, Sir Isaac Newton, Florence Nightingale dan Charles Dickens adalah antara nama-nama besar yang bersekolah di rumah.

Kontra kepada ini adalah Educational Act 1996 yang menyebabkan sekolah di rumah ini sebagai illegal (haram - boleh didakwa di mahkamah). Namun ada pengecualian kepada ibubapa yang memohon. Dengan lain perkataan, ianya bukan hak tetapi kelebihan.

Sekolah adalah wajib sehingga umur 12 tahun.

Aku pernah dengar beberapa orang yang disekolahkan sendiri oleh ibubapanya. Salah seorang yang agak terkenal di kalangan golongan agamawan ialah anak-anak kepada Maulana Asri dari Darul Kautsar (Kelantan). Setakat yang aku tahu, seorang anaknya juga menjadi Ustaz yang mengikut jejak langkah bapanya.

Ada berani?

4 comments:

  1. shopping dari rumah, bekerja dari rumah... sekolah dari rumah?

    nnti2 jgn pulak ada haji/umrah dari rumah

    ReplyDelete
  2. Ramai dah aku tgk org ajar anak di rumah masing2....
    kawan2 pun ade, ustaz2 pun ade...
    cukup mase, apply peperiksaan jer...
    UPSR ke, PMR ke, SPM ke, atau trus antar ke madrasah...

    ReplyDelete
  3. ada pro dan con bnda nie...
    sy rasa skolah adalah tmpat yg paling baik utk mereka blajar bersosial,berinteraksi dgn orang sekeliling...

    ReplyDelete
  4. wah laporan NST 8 OGOS 2011..mcm crita early edition la plak

    ReplyDelete