Bukan pengalaman aku. Kena declare awal-awal.
Pengalaman ini berdasarkan yang aku dengar sendiri dari orang yang mempraktikkannya. Case studies ini aku cuba nukilkan tanpa cuba menjadi hakim (judgemental).
Notations - isOne (isteri pertama), isTwo (isteri kedua), isThree (isteri ketiga), isFour (isteri keempat), A-Z (suami)
1. A menikahi isTwo tanpa pengetahuan isOne ketika A sama-sama belajar di pusat pengajian tinggi yang sama dengan isTwo. Namun isTwo mengetahui status A ketika menikahinya.Setelah berkahwin, isTwo bertugas di sebuah negeri yang memerlukan A naik kapalterbang untuk sampai. Rahsia ini tersimpan sehinggalah isTwo dapat anak 2 orang. Apabila rahsia telah bocor, keadaan jadi kecoh seketika tetapi rumahtangga A dengan isOne dan isTwo tetap kekal. Tetapi keluarga A, tidak dapat menerima isTwo dan sehingga kini (5-6 tahun), isTwo masih belum bersemuka dengan keluarga A, walaupun sudah beberapa tahun isTwo berpindah dan menetap di daerah yang sama bersama A, isOne dan keluarga A.
2. B mempunyai pekerjaan yang memerlukan beliau bergerak sentiasa. Beliau beristeri tiga yang mana isteri-isterinya tidak mengetahui hal masing-masing. Keadaan ini kekal beberapa lama. Suatu hari, rahsia bocor selepas B mengahwini isThree. Kekecohan berlaku yang mana keluarga isOne dan isTwo masing-masing masuk campur dan berakhir dengan B mengambil keputusan menceraikan isOne dan isTwo. Sekarang ini, B masih bersama dengan isThree.
3. C juga mempunyai pekerjaan yang mengkehendaki beliau bergerak sentiasa. Beliau menyatakan hasrat untuk mengambil isTwo kepada isOne. Lamaran dibuat kepada isTwo dihadapan isOne yang mana tempoh sebulan diberikan kepada isTwo untuk membuat keputusan. Masa itu diambil oleh isTwo untuk menyelidik siapakah C sebenarnya kerana lamaran tersebut dibuat tanpa proses percintaan yang biasa berlaku masa kini. Akhirnya isTwo menerima lamaran C setelah berpuashati dengan hasil penyelidikan beliau. C masih kekal dengan isOne dan isTwo sehingga hari ini.
4. D tidak mempunyai anak walaupun beristeri dua. Proses perkahwinan dengan isTwo adalah dengan restu isOne. Hubungan isOne dan isTwo sangat baik, bahkan dinatijahkan dengan perbuatan. Contohnya, apabila D outstation, untuk pergi ke program keagamaan, isOne akan menjemput isTwo untuk pergi sekali dan sebaliknya.
Hang bila bro? Jangan bagitau IsOne!
ReplyDeletekesah 3 dan 4 sangat comel..
ReplyDeletetapi masalah berlaku apabila keluarga besar masuk campur..
kesian diorang..
kan dah menjanda
aku ada kenal org tu selamber jer dia bawa kedua2 bini dia p jalan boleh pakai baju sedondon lagik tu.. naik keta bini tua duduk depan bini muda kat belakang...
ReplyDeleteCerite 4, mcm biase dengar la...
ReplyDelete;-)=