Aku tak pernah bermimpi sebelum ini untuk mengajar. Apatah lagi nak mengajar di sebuah universiti. Bila difikirkan balik, ia berlaku dengan pantas. Sikit masa saja yang diberikan untuk berfikir dan membuat keputusan.
Yang nyata, aku tak tahan kerja lasak. Sewaktu aku membuat latihan praktikal di sebuah syarikat perunding kejuruteraan, waktu kerja memang sibuk. Aku buat kerja yang sebenar bukan olok-olok. Akibatnya, sampai rumah terus flat. Letih.
Kerja consulting pun macam ni, apalagi kalau kerja construction!
Seolah-olah jalan telah dibuka untuk aku, waktu graduasi 1998, ekonomi negara jatuh teruk. Kerja pun kalau ada, gajinya macam gaji kerani. Aku buat keputusan untuk sambung Msc. Gred aku tidaklah sehebat mana, ala kadar lepas limit untuk buat MSc je.
Hinggalah pada akhir tahun pengajian, aku dilamar oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, UPM ketika itu (sekarang Prof. Dr. Mohd Salleh Jaafar) sebagai tutor yang aku sambut dengan tangan terbuka. Aku hampir lupa bahawa lebih kurang 6 bulan sebelum itu aku juga menyahut iklan universiti aku berkhidmat sekarang.
Mujur no henset aku tak bertukar. Dari JB aku sudah berpindah ke Balakong. Panggilan untuk temuduga di Dayabumi aku terima dengan nada terkejut kerana aku tak menyangka setelah hampir setahun baru aku dipanggil.
Proses temuduga berjalan dengan lancar. Biasanya, aku konfiden bab soal jawab ini. Mungkin sebab itu aku diterima.
Tahun 2000 aku mula berkhidmat di Tronoh. Hingga sekarang.
Aku tahu, kawan-kawan aku zaman sekolah, mesti tak percaya aku sekarang menjadi salah seorang dari golongan pendidik. Mungkin ada yang tepuk dahi! Ataupun mungkin ada yang gelak sambil berguling-guling di atas lantai.
Cerita untuk 10 tahun selepasnya, nanti kita sambung cerita. Sakit perut sekarang ni. Perlu diselesaikan dahulu.
heheh.bagi wa, idup tak payah ikut tipikal example of anyone/anything.selagi boleh hayun kita hayun.
ReplyDeleteHaha..lu punk sangat tu lutfie..tapi tu lah..10 tahun lepas kita tak bajet kita berada di situasi sekarang..
ReplyDelete