Tuesday, July 06, 2010
Ulasan: NIRVANA Live At Reading CD
Ulangtahun kematian Kurt Cobain nampaknya mungkin menjadi sambutan kematian kedua besar selepas matinya Michael Jackson. Namun ini tidak menggugat reputasi majlis beliau. Legasinya masih besar. Dan syarikat rakaman sudah pastinya tidak akan terlepas pandang hal ini.
15 tahun selepas kematian Cobain, album-album posthumous Cobain tetap dirilis, seawal tahun kematiannya. Jualan sudah tentulah memberansangkan. Jika tidak mana mungkin Live At Reading ini dirilis. Sekilas pandang, kita akan dapati jumlah album posthumous ini melebihi sekali ganda banyaknya dari album ketika Cobain masih hidup.
Album Live At Reading ini dirakamkan pada tahun 1992. Visualnya pun turut dirakam. Bootleg rakaman festival ini bertukar tangan selama-lamanya sebelum syarikat rakaman mengambil inisiatif untuk membersihkan segala kotoran agar ia dapat dirilis secara rasmi.
Gimik orang sakit Cobain semasa mula-mula naik atas stage dan pengsan mengejutkan 60,000 penonton yang kemudiannya dinafikan oleh bassistnya sebagai sebuah gimik. Lagu Breed yang menjadi lagu awal disambut dengan pekikan dan sorakan approval.
Vibe penonton dapat didengar dengan jelas. Rakaman pun bukanlah crystal clear, penuh dengan noise dan distortion yang mungkin saja dibiarkan untuk elemen autentik.
Gaya grunge Cobain juga jelas dalam menghadapi penonton yang seramai ini. Melodik lead gitar pada awal lagu Smells Like Teen Spirit sengaja dicelarukan oleh Cobain. Mungkin Cobain sendiri sudah bosan dengan lagu tersebut sepertimana aku yang dah bosan mendengarnya (overdose).
Kredibili album ini sebagai tempat pertama dalam kategori 100 album yang menggemparkan dunia (majalah Kerrang!) dan Nirvana's #1 Greatest Moment (majalah NME) sudah cukup untuk mengangkat martabat album ini. Dan sememangnya rilisan ini ditunggu-tunggu dengan jualan 154,000 unit (seperti yang dilaporkan oleh wikipedia) setakat ini.
Yang pasti, waris Cobain pasti tersenyum-senyum menunaikan check yang baru diterima pagi tadi di dalam bank.
1. "Breed" 2:57
2. "Drain You" 3:54
3. "Aneurysm" 4:34
4. "School" 3:12
5. "Sliver" 2:13
6. "In Bloom" 4:33
7. "Come As You Are" 3:34
8. "Lithium" 4:23
9. "About a Girl" 3:09
10. "Tourette's" 1:51
11. "Polly" 2:48
12. "Lounge Act" 3:04
13. "Smells Like Teen Spirit" 4:44
14. "On a Plain" 3:00
15. "Negative Creep" 2:54
16. "Been a Son" 3:23
17. "All Apologies" 3:25
18. "Blew" 5:23
19. "Dumb" 2:34
20. "Stay Away" 3:41
21. "Spank Thru" 3:05
22. "Love Buzz" (Shocking Blue cover, appears only on DVD version) 4:56
23. "The Money Will Roll Right In" (Fang cover) 2:13
24. "D-7" (Wipers cover) 3:43
25. "Territorial Pissings" 4:30
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
Aku dah update dah blog aku.. and ade letak gambo tu.. sori la kalau buat Abg Ben macam artis he he he..
ReplyDeleteah...mcm org tk btul je ni...
ReplyDeletemabuk ke apaaa nirvana nieee......herhe
terima kasih kepada nirvana, offspring dan green day... klu bkn disebabkan 3 band ni, mmg aku x rok smpi skrg
ReplyDeleteaku rasa pnh tgk versi bootleg dulu2 pinjam VHS tape takilala
Dah lama tak layan Nirvana....apatah lagi Orkes Nirwana...!!!
ReplyDeletedah jadi 3 column krenmaut ni, mantap bro. 1st time 3 column ke?
ReplyDeletewalaweh video tu boleh tahan ganas.dulu masa sekolah aku ingt ada budak ckp ada video kurt kobeng berak atas stage.agak2 ada kat you tube tak?teringt GG Allin.hahha
ReplyDeletesalam bro..
ReplyDeletewahhh..this was my idol dude!!
my inspire to know what punk+rawk was..hehehhee..xxx
anak Kurt iaitu Frances Bean Cobain lah antara yg akan dapat royalti album live selain mak dia si Courtney Love tu...apa2pun album live ni Lebih tersusun berbanding album live From The Muddy Bank Of Wishkah...
ReplyDelete