Wednesday, July 07, 2010

Ulasan: LIFEHOUSE Smoke & Mirrors CD

Apa definisi band alternatif? Mengikut wikipedia, ianya adalah satu jenis muzik yang dilahirkan pada tahun 80an yang kemudiannya semakin popular pada tahun 90an. Subgenre yang termasuk sekali di dalam ruang lingkup alternatif ini termasuklah britpop, grunge dan indie pop.

Sejarah asal perkataan alternatif ini adalah sebagai menyisihkan muzik-muzik sebegini dari mainstream; iaitu konsep DIY dan dalam banyak segi, cutting-edge. Jika ini yang dipegang, nampak gaya memang banyaklah artis-artis alternatif rock band ini yang tak boleh masuk korum.

Ini atas pelbagai sebab fatal. Yang utama ialah longgokan artis yang membawa identiti yang tidak beridentiti iaitu sama. Seperti telur ayam yang dibungkus dalam pakej 10 dan 30 biji yang disusun bertingkat-tingkat hingga jika kita mengambil dari bahagian mana pun, tidak ada beza dari segi saiz dan rasa. Untuk itu, sudah pasti kita akan memilih yang mudah untuk tangan kita mencapainya.

Hal ini mungkin ada kaitannya dengan rilisan Lifehouse ini. Lagu-lagunya begitu radio-friendly sehingga kita boleh melayannya tanpa perlu memikir, apa yang menarik tentang lagu-lagunya. Semuanya telah preset: riff, hook dan chorus yang berlegar-legar pada radius yang sama.

Atas sifat memberontak, saya cuba mencari satu lagu, SATU lagu yang tak sesuai untuk dimainkan di dalam radio. Memang takde! Keseluruhan album adalah kesayangan radio seantero dunia. Setiap note, petikan, ketukan dan alunan, semuanya adalah semata-mata untuk siaran radio.

Wow! Sampai begitu sekali album ini diformat.

Kenapa rebiu sebegini rupa? Tidak ada apa-apa. Sekadar mencuba fool-proof definisi asal alternatif rock band seperti yang tercatat di atas. Apabila satu album berjaya disiarkan ke udara melalui radio popular, di mana pula letaknya cutting-edge itu?


1.     "All In"       Jason Wade, Jude Cole     3:54
2.     "Nerve Damage"       Wade, Cole     4:27
3.     "Had Enough" (Feat. Chris Daughtry)     Wade, Daughtry, Richard Marx     3:45
4.     "Halfway Gone"       Wade, Cole, Kevin Rudolf, Jacob Kasher     3:14
5.     "It Is What It Is"       Wade, Cole     3:20
6.     "From Where You Are"       Wade     3:06
7.     "Smoke & Mirrors"       Wade, Cole     4:25
8.     "Falling In"       Wade, Cole, Rudolf, Kasher     3:44
9.     "Wrecking Ball"       Wade, Cole, Bryce Soderberg, Ricky Woolstenhulme Jr.     4:24
10.     "Here Tomorrow Gone Today"       Wade, Cole     3:09
11.     "By Your Side"       Wade, Cole     4:08
12.     "In Your Skin"       Wade, Cole     3:24




-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

8 comments:

  1. Abg Ben, tak nak tulis review tentang Surf's Up ker?

    ReplyDelete
  2. zul... tunggu gambar2 didevelop...

    ReplyDelete
  3. tak sepatutnya universal music bagi bagi cd2 camgini untuk ko ulas...memang fail la...hahahaha...

    tak sabo nak nunggu review lady ga ga....

    ReplyDelete
  4. lady gaga dengan rihanna.. esok!

    ReplyDelete
  5. yey! lady gaga! penantian satu penyiksaan

    ReplyDelete
  6. Ehehe...ingatkan Incik Bentara dah berubah angin. Layan modern rock pulak. Tapi skali skala apa salah nye...

    ReplyDelete
  7. Life house ni yang femes kat jepun tu ka? apa ntah tajuk satu lagu slow rock diaorang ni.. lupa lupa lupa.

    ReplyDelete
  8. alternative rock.
    layaaann

    ReplyDelete