Tuesday, July 27, 2010

Aku Mat Thrash : Metal Sampai Mati


oleh: Rafi Promaster

Kadang-kadang bila aku sedih aku akan pergi balik ke root aku. Maknanya kalau aku gadoh dengan bini aku, ataupun duit tinggal tiga ragok untuk sapot keluarga, aku akan bukak youtube, cari lagu metal, dan bermulalah muhasabah diri. Lagu yang menjadi pilihan adalah macam Iron Maidin, semestinya Athotorgh, Sodom, Slayer dan Metallica. Aku rasa macam tenang dan beremosional. DEmosional bermakna aku akan dibawa mengenal diri aku semula yang kadang-kadamg sudah jauh tersimpang dari perjalanan dan matlamat aku. maklumlah dunia hari ini semakin advance. Begitu juga dengan life kita. Cabaran sebagai suami kepada bini mat salih yang takda kawan kat Ipoh, sebagai bapa kepada tiga anak perempuan yang hyper active, cabaran sebagai small bisnes man yang cuba mengimbangi antara frienship, goodwill dan profit dan cabaran sebagai seorang manusia yang mahu mencapai matlamat hidupnya. Kadang-kadang kalau kita lalai dengan kehendak kehidupan kita boleh hanyut dibawa arus yang deras dan susah kita hendak berpaut sekejap. Namun jika kita dapat berpaut sekejap, ketika ituilah kita gunakannya untuk mengumpul kekuatan mengharunginya.

Jadi sebagai seorang yang telah dilahirkan sebagai seorang melayu dan dibesarkan menjadi seorang mat thrash oleh kawan-kawan dan persekitaran, salah satu cara untuk mengenal diri dan mengumpul kembali kekuatan adalah menerusi lagu-lagu yang pernah menjadi pembakar semangat aku suatu masa dahulu. Aku boleh nampak apa visi aku 15 tahun dahulu. Apa matlamat aku dalam kehidupan dan apa yang aku mahukan dalam diri aku ini sebagai ubat penenang, penahan sakit ketika aku memerlukan.

So everybody ! Let's go...THRASH TILL DEATH!

5 comments: