Wednesday, July 28, 2010
Aku Mat Thrash : Athotorgh
oleh: Rafi Promaster
Dulu banyak jugak zine tanya macam-macam tentang athotorgh ni. Zaman zine dulu memang susah nak dapat interview, Bayangkan sesetengah diorang (editor) zine ni memang rajin. Tulis surat kat band-band besor luar negara. Zaman tu mana ada email. Kebanyakannya tak berbalas. Tapi bayangkan perasaan mereka apabila soalan yang diberi dibalas oleh band besar. Memang aku respiuk kat editor zine ni. Tapi ada juga yang buat aku menyampah dengan soalan bodoh dan kebudak-budakan. Kadang-kadang aku tak jawab langsung. Bukannya aku sombong tapi ada ka dia tanya soalan ini :
"Apa pendapat anda tentang XPDC?
Malas aku nak menjawabnya. Bukan ada kena mengena dengan aku pun. Bukan aku nak mengutuk XPDC, Tapi mana ada thrash cintan plucking melayu. Ngarut aje tu.
Abdul Aziz Ittar antara papa zine yang terterrer dan terrajin sekali dalam dunia underground tanah air. Sapa yang dia tak kenal. Aku boleh bagi jaminan kalau tak ada usaha mamat ni dan editor lain untuk meninterview band band baru naik ketika itu, aku yakin fan base mereka tidaklah sebesar mana dan susah sikit nak promosi. Sorang lagi Joe Kidd. Mamat ni paling cool dan penuh informasi terkini muzik dan punk. Review-review dia menarik dan honest. Kalu takda joe kidd ni tak da la athotorgh masuk The Sun. Thanks bro.
Aku jarang juga jawab soalan zine ni. Bukan apa time tu aku tau nak havoc aje. Lagipun aku ni Mat Conan. Selalu mengembara ke sana ke mari. Sebab itu G banyak menjawab soalan aku. Jadi kat sini aku nak clarify tentang athotorgh kepada zine-zine editor yang aku tak jawab dulu.
Athotorgh adalah band thrash. Simple as that. Tapi cabang yang kami bawa adalah penuh dengan beberapa influnce band dari pelbagai cabang muzik. Aku sebenornya memang suka kat Heavy metal. Tapi bila aku dengor sodom Outbreak of evil dan Blasphenous aku jadi gila. Ditambah pulak dengan Eyes of horrow dari posessed, aku decided what kind of music i'm gonna play. Yes, i am the boss dalam athotorgh, tapi semasa band ini ditubuhkan kami dah sebulat suara setuju yang athotorgh tak akan lari dari guidelines yg susah ditetapkan. Why? Then it easy for us to compose the songs. Nasib baik background bandmate aku semua dari Iron maiden, metallica dan slayer..so comunication and understanding, which is very important in a band, wujud.
Masa kami mengeluarkna Demo The Rites, wah perasaan time tu memang rasa paling seronok. Dulu hanya main lagu orang, sekarang, lagu yang dimainkan akan dimuatkan kedalam tape dan boleh dijual. Rasa macam artis sejati. Bukan pasal boleh dapat untung melalui penjuaklan kaset yang berharga 5.00 ragok sekeping, tapi lagu-lagu itu akan didengar oleh orang lain seperti slayer, sodom venom dan band=band lain yang menjadi idola radio kaset mak aku.
Aku rasa first sekali yang beli kaset aku adalah adik necrotic chaos. Dia ni memang support scene underground dan lepas itu kawan-kawan dan juga anak murid aku Si JoO Mantravathee dan rakan-rakan.
Dalam The Rites ada lima lagu. Spirit of Athotorgh yang kisahnya aku tak payah ceritakan lagi. Tajuknya dah obvious. Bath In Sins yang mengisahkan kehidupan yang bergelumang dengan dosa untuk mencapai tujuan. Promaster Dieyanna ni special sikit. lagu ni sebenornya dedicatedkan untuk Diana, awek yang serupa diana danielle yang paling pertama sekali lepak dengan geng thrash kitaorang. Liricnya off course mengisahkan promaster yang suka kat diana ni. Bukan suka sebab jatuh cinta ke apa, tapi dia dapat terima kami orang (walaupun kami ni lantaklah orang nak terima ke idak) tak macam awek dan orang lain yang memandang serong kepada geng baju hitam yang lepak kat shopping komplek itu. Awek lain memang tak tengok kami. Tapi time tu, kami ni setakat cuci mata aje la. Kalau ada awek boleh berpecah kumpulan thrash kami ni. Sebab itu polisi kami ketika itu adalah kawan lebih penting dari awek sampaikan aku terpaksa bercerai dengan amoi cina budak maktab kerana dia mengacau sesi lepak aku ngan kawan-kawan. Satu lagi Evil Orchestra yang bercerita tentang band aku dan lagu The Rites yang mngisahkan wasiat athotorgh tentang kehidupan di alam fana ini yang penuh dengan samada penipuan atau kebenaran...lu pilihlah sendiri.
Sebenarnya dalam setiap lagu tak kira samada pada liriknya ataupun iramanya terdapat feeling dan emosi dari penciptanya. Macam dalam Bible punya petikan la. " God makes man in his image" . dalam lagu-lagu Athotorgh juga terdapat feeling dan emosi dalam setiap jalur iramanya. Frustation to the government and society, Anger to the system, love of mankind, bangsat tak da duit, kempunan tak ada P****t dan bermacam-macam lagi mejadi rencah ratus dalam lagu kami. Kadang kadang aku tengok sesetengah band itu yang tiada apa di dalam lagu mereka. Hanya sekadar buat tangkap muat. Tak punyta erti yang mendalam. Bagi aku setiap band atau penyanyi perlu mempunyai mesej mereka yang tersendiri yang boleh disampaikan melalui lagu mereka. Kalu tak ada tak payah main pun tak apa.
Yes aku memang suka main gig. Kerana ditempat itulah segala energy aku dapat digunakan sepenuhnya. Bayangkan bila naik atas stage, kita sudah boleh merasai setiap energy yang ada dalam dewan atau tempat gig itu. Semuanya datang untuk tujuan yang sama. To have fun dan memperkukuhkan ukhwah thrash yang hanya boleh diperkukuhkan dengan kuat di gig. Sama-sama berpelukan sambil headbanging, bersentuhan bahu dengan orang yang tak dikenali dan sentiasa memberi sokongan kepada band-band di atas pentas tak kira samada bandmatenya cokia ataupun baru. Buat masa ini Athotorgh tak boleh main gig lagi sebab thambi Old T dan G dreamstone berada di Jepun. Kalu ada kesempatan kami akan main dan promise akan pastikan persembahan yang hebat macam jerman di piala dunia.
well aku nak cita banyak tapi dah pukul 2 lebih, so hope to see u again in the notes section.CALOPI.
kasi cerita lagi..best!
ReplyDeletehidop band Ipoh.
ReplyDeletebila la nak tengok athotorgh naik ke pentas... teringin bebeno teman..
ReplyDeleteotai
ReplyDelete