Kesinambungan dari PART 1
Pagi tu, lepas hantar wife dan anak perempuan aku ke majlis taklim (jemaah tiga hari masturat ada kat kawasan aku), maka aku pun bawak la anak lelaki yang 3 orang tu. Soalannya, ke mana?
Nak feed the fish kat UTP, kalau pergi lagi, dah masuk 3 hari direct aku bawak diorang. Kat UTP ada banyak tasik yang banyak ikan.
Aku pun memandu menghala ke Pasir Putih (Ipoh bukan Kelantan). Singgah di Pasabina, tempat popular masa aku menyewa di Pinji Perdana. Sekarang dah hambar kerana Tesco dah dibuka di seberang jalan sana. Ikram anak-anak aku dengan beli playing card. Sorang dapat Star Wars, sorang Digimon, sorang Superman. Elok la tu. Dalam dompet pun tinggal RM4. Lepas bayar tinggal RM1.
Aku teringat Mak Cik Nor yang semalam aku call tanya khabar ada di Kampung Tersusun (?) sebelum sampai Sri Kinta tu. Lantas aku bergegas tarik anak-anak aku masuk dalam MPV. Lama tak jumpa Mak Cik Nor ni. Rindu pulak rasanya. Kebetulan anak lelaki dia pun ada (dengan wife). Syok la sembang-sembang. Tak lama kemudian, mak kepada wife anak lelaki Mak Cik Nor (tak jumpa term untuk hubungan ni... biras?) ni pun join sekali sembang. Rumah wife tiga lorong ke hadapan, apa nak kata?
Jam dah tunjuk hampir 12pm. Wife aku sms kata tengah program bayan. Hmmm... kalau bertolak balik, kira kena tunggu lagi. Anak-anak aku ni tak boleh letak kat tempat taklim, nanti kecoh bising ganggu program. So aku bawak le ke Tesco.
Apa nak buat Tesco ek? Bukan ada apa. Lepas cucuk duit, aku ikram mereka dengan aiskrim sorang sebatang. Happy tak ingat dah tu.
Tengah aku dok melayan tu, tiba-tiba seorang pemuda yang agak hensem dan segak memberi salam.
"Assalamuallaikum..."
Aku mendongak ke aras salam tu dan ku jawab salamnya.
"Abang Ben, apa kabor?" katanya dengan senyuman hensem jugak.
"Baik alhamdulillah..." aku senyum, cuba melawan kehenseman beliau.
"Dari tadi dah nampak Abang... perasan tak?"
"Errr... tak perasan" aku honest.
"Saya dah lama jadi peminat Abang Ben ni... blog... music"
Sikit ada kembang pada beberapa bahagian anggota badan ku, walaupun tak berapa jelas ;)
"Ambik gambar boleh?" tanyanya.
"Boleeeeeehhhhh..." jawabku cuba kontrol.
Wife (?) beliau pun mengambil gambar kami berdua bertemankan anak-anak dengan posing sehabis hensem.
"Lagi sekali... kabur..." kata wife (?) beliau. Aku tau, muka aku tak siap la tu. Aku berazam untuk bagi posing yang lebih appropriate.
"OK" kata wife (?) nya puashati.
Thanks Encik Arif kerana menegur kami masa tu. Ada la bahan nak buat entry hari ni ;)
-------------
Mak Cik Nor - nanny aku masa kecik dulu. Jasamu tak terbalas. Moga Allah s.w.t. merahmatimu. Amin.
Aku rasa hang patut jadi artis. PhD tu tak ke tepi.
ReplyDeleteBesan, bukan biras - istilah yang aku rasa sesuai.
lain kali bawak topeng la hahaha
ReplyDeleterugi plak aku xamik gambo dgn ko puas2 dlu2
Ni dah kira artis la ni...hehehehe!!
ReplyDeletedah jd public figure, milik masyarakat... hehehe.. apa nak buat, kan, org nak bergambar dgn kita, ikram je la...
ReplyDelete--p/s: anak aku pun kalo ke taklim mengacau, buat bising.. hehe
Pasabina tu tak tau la berapa lama lagi boleh bertahan. Tengok sekarang ni macam hidup segan mati tak mau je gayanya.
ReplyDeletekenapa ada question mark kat sebelah wife
ReplyDeletenenek,
ReplyDeletesebab tak sempat tanya, wanita tu wifenya atau adiknya...
Assalamualaikum Abang Ben. :)
ReplyDeleteAhaks. Terharu pun ada. Saya lah En.Arif aka Arip tu. 'Wife(?)' tu isteri saya. hehe.
Hari tu nak sembang pepanjang tapi macam terkesima jer. Thanx a lot la yerk bergambor ngan saya. Pasni bleh le upload pic kat FB ngan blog saye yang tak berapa nak update tu.
Wassalam.